kejelitaan atau kepercayaan?

cerita ini aku manipulasi setelah aku pulang dari lawatan ke pahang kelmarin.

burung murai kampung itu hinggap di dahan pokok sambil mengibar megahkan ekornya seperti hanya dia seorang yang menerajui awangan.terinjit-injit dan kelam kabut gerak gerinya. mungkin riang menikmati keanggunan sang matahari jingga menembusi awan menyinari bumi.

dan ketika itu juga Musa yang sedang duduk ditangga terataknya sambil berkelakuan gemilang menggulung rokok daun supaya dapat dia menggapai kepuasan hembusan asap rokok nya di pagi hari.mungkin Musa baru selesai dengan sarapan paginya.dan ketika itu suatu perasaan gundah gelita melauti pemandangan matanya.terasa seperti suatu yang kosong di dalam hidupnya.suatu kehilangan yang Musa sendiri tidak pasti apakah jenis kegembiraan yang dapat memenuhi nafsu gembiranya.

hidup seorang diri kerana kehilangan papa dan mamanya ketika kecil,hidup dengan dianugerahkan kecacatan kerana tidak mampu melihat,hidup bersandarkan huluran tangan insan yang lain kerana diri yang suka membenci, dan hidup tanpa cahaya kerana tak mampu mempercayai.itulah Musa.

layan menghabiskan saat-saat akhir rokok daun nya.Musa bangun.berjalan.ke sana.mungkin ke situ.tiada siapa peduli.situasi serta destinasi-Musa.dan kita. kemana? peduli? hati mati? jejak? durja suka?.dia saudara.Musa-saudara-kita.kita-saudara-Musa.

masih kemana? masih peduli? masih hati mati?masih jejak? masih durja suka? oh.dunia sedang mengintai pengakhiran.sebelumnya Dia masih mendengar.sebelumnya kamu perlu meminta.mintalah kebahagian buat Musa dan saudara-kita.

*************
kisah berikut aku tulis kerana suatu perasaan yang aku sendiri tak tahu apakah perasaan itu.dan jika ada suatu perkataan yang mampu menjelaskan perasaan aku seperti yang aku lakarkan pada cerita di atas,sesungguhnya bahasa melayu itu sudah sempurna.Musa merupakan orang asli di bahagian tengah-tengah negeri Malaya yang hidupnya seakan murah dan tiada harga.Musa yang pada mulanya tiada pegangan agama mula menjinakkan diri dengan mengenali Allah di atas usaha serta ketulusan pihak-pihak tertentu yang aku fikir mahu berkongsi syurga dengan mereka.

namun,kehadiran seorang paderi pada suatu hari bertemankan nota rm50 sebanyak 6 keping telah mematahkan sayap Musa ke syurga.Musa tewas dengan duit,dan dia bertukar pegangan.aku tidak salahkan Musa.aku faham kesusahan hidup yang dia hadapi.tetapi,kita ini? kemana? peduli? hati mati? jejak? durja suka? dia saudara.dan masih ramai saudara lain lagi!

1 comment:

Aiman Ariff said...

memula ako ingat citer klaka, syal nyer man