mrsm pasir salak 1

penceritaan ini diharapkan agar dapat dijadikan tauladan kepada semua dan diambil sebagai pengajaran hidup yang penting.kejadian ni berlaku masa aku tingkatan 3 kat sekolah aku.
selesai mandi, aku balik bilik then sarungkan boxer aku.masa tu budak bilik aku si amar ada kat katil dia tekun membaca buku apa entah.tapi aku ingat ada perkataan kamasutera kat cover book la kan.kawan aku lagi seorang masih kat padang lagi main bola.

dari bilik aku,aku terdengar suara nizam di bilik hadapan"wey putra,bangunlah gemuk.pukul berapa da ni.aku pukul kau kang.semayang asar belum?"sambil mencubit-cubit puting si putra tu.dengan muka selebet putra bingkas bangun lalu ke tandas;mungkin untuk berwudhu.

aku pedulikan mereka dan mengalih perhatian ke telefon bimbitku yang tertulis 1 Message Received'.sudah tentulah dari buah hati.tengok-tengok bukan.rupanya pesanan ringkas dari mak aku yang jauh nun di kuala lumpur bertanya kan perihal bilangan duit aku.nasib baik bukan dari Hotlink ke kan.kalau tak memang aku sepak-sepak jap telefon aku.aku terus reply kat mak aku yang aku ada duit lagi.memanglah ada duit.ada lah rm5 lagi kot untuk sebulan lagi nak hidup.

selesai.dan aku tidak menyusahkan ibu aku.aku pun melihat bilik depan aku.si putra sedang bersembahyang dan pandangannya tepat ke arah tepat sujud.entah apa aku fikir.sambil tersenyum kejam aku pergi ke bilik depan.berbekalkan boxer pierre cardin serta tanpa berbaju,aku berniat jahat untuk mengacau putra yang tak berapa khusyu' bersembahyang kerana aku perasan dari gerak kaki dan pehanya yang sederhana laju seakan-akan mahu membuang air.

lantas aku berdiri di sebelah kanan putra dan berlagak seperti seorang makmum.dan ketika itu aku menuruti setiap gerak geri putra seperti rukhuk,sujud dan lain-lain.oleh kerana bilik itu berada di hujung di tandas,ia merupakan tempat laluan bagi mereka yang lain untuk ke tandas.jadi mereka sempat berhenti di depan pintu bilik beramai-beramai menyaksikan tindak tanduk aku.

dan ketika itu aku puas kerana putra tersengih-sengih dan tak mampu menahan untuk ketawa.rakan-rakan aku yang berada di pintu bilik turut gelak ketawa beramai-ramai.aku berasa bangga kerana berjaya membuat mereka gelak.dalam hatiku mesti aku ni seorang yang lawak kan.

tetapi! di sebalik gelak tawa mereka itu.ada udang di sebalik longkang.mereka berketawa besar kerana di samping mereka juga ada Sir aku yang juga merupakan warden sekolah aku.dan bila aku perasan dia.tiba-tiba aku rasa macam jantung aku jatuh bersepai,bersepah pecah di atas lantai.aku merasakan seperti suatu beban tahi bakal jatuh membasahi aku.

"hilman! mari sini! awak buat apa tu ha?.awak ingat benda-benda macam ni boleh buat main-main ke?"marah beliau terhadap aku.

membe-membe aku yang lain boleh pulak main sengih-sengih kambing kat belakang.

"cilaka tul"aku menyumpah dalam hati.

"bawak-bawak mengucap la hilman.sudah-sudah la tu."kata Sir sambil memandang tepat ke mata aku.

"awak buat starjump sekarang 50 kali.sekarang! kat sini!"jeritnya.

"alah Sir.saya dah lah tak pakai baju.malu lah"balas aku padanya.

"ouh.dengan tuhan awak tak malu pulak buat macam tu."katanya.

aku yang tenang dan terasa seperti panah dilancar ke hati aku.kemudian aku mengucap dulu sebelum melaksanakan starjump di khalayak ramai.beb! tuhan saja yang tahu perasaan aku.dan aku seorang je yang tahu apa yang aku belajar pada hari ituh!

9 comments:

undrgnd said...

ish2..
mancheng!

intan.maisarah said...

mcam macam la

pucukpaku said...

mmg maman lawak..

Jack Wiseman said...

haha
cam babun

Aiman Ariff said...

hahaha tkper man, ako tau ko dah berubah. haha

shned shahabuddin said...

haha interesting..
solat pun boleh main2..

Anonymous said...

hahaha
nice nice
tak nak share apa yang you've learned?
haha
;)
xxx

hilman.fikry said...

haha.no its ok.
u now wat ive learned.
huhu.

Anonymous said...

tu la laen kali jangan kacau orang tengah beribadat.....padan muka ko!!!!!!!!