sebuah banglow secalit tahi

tahniah diatas kejayaan gadis kecil dari pantai timur ini yang sekali lagi berjaya menggegarkan tanah melayu dengan kejayaan besar beliau menggapai keputusan yang sungguh cemerlang dalam SPM 2008 yang lalu.

walaupun masih tidak mampu memecahkan rekod SPM2 yang lepas namun pencapaiannya sudah memadai membuat rata-rata masyarakat menitiskan air mata dengan bintang yang berjaya digapai oleh anak nelayan ini.hidup dalam kesusahan mungkin menyedarkan beliau betapa setiap muka surat pelajarannya akan membuka peluang untuk membaiki kehidupannya.

di atas usaha beliau juga membuka hati kerajaan kelantan memberikan buah tangan buat usaha tinggi beliau selama ini.julung kalinya penghargaan sebesar ini diberikan kepada insan yang baru berumur setahun jagung.yang baru mula menapak ke dalam dunia sebenar.yang baru mula memulakan hidup baru.kebiasaannya,buah tangan sebesar rumah banglow hanya untuk juara bintang-bintang realiti, ahli-ahli sukan yang melakar nama Malaysia di mata dunia ataupun, paling kurang buat penginapan ahli-ahli exco yang sibuk di parlimen.

namun,masih ada sesuatu yang mungkin ramai terlepas pandang di atas situasi yang berlaku pada masa kini.bayangkan semua;keluarkan kalkulator anda[jika kurang hebat mengira].
lebih daripada 100 000 anak malaysia baharu dilahirkan setiap tahun.dan untuk itu separuh daripada mereka pasti menduduki SPM sebagai salah satu cabaran hidup mereka.
bagaimana pula mereka yang lain? katakanlah setiap tahun 20 000 tempat disediakan untuk
lepasan SPM untuk IPTA.mungkin 20 000 lagi menyerah diri untuk sambung di IPTS.
cincai-cincai kira 10 000 mula bekerja ataupun berkahwin. bakinya?

masih ramai akan menghiasi sudut-sudut malaysia.dimana arah mereka? dan di sudut ini ramai orang yang terlepas pandang.ambil endah tak endah atas perkara-perkara yang
berlaku di atas golongon ini.untuk itu.semua mula menuding jari menyalahkan pelacur-pelacur muda,penagih-penagih dadah dan juga jutawan-jutawan direct selling.

apa isi yang mahu diketengahkan? peduli atau tak peduli.jika beliau diberi banglow kerana kejayaannya tapi, mereka yang ke laut ini pula dibaling tahi? anda pelik? marah? ya.aku tahu.
ibu aku sendiri juga marah kerana aku asyik memberikan pandangan-pandangan yang menyokong kenakalan budak-budak ini.dulu ibu penah marah aku kerana aku berkawan
dengan amirul.

"manja.mak tak nak tengok dah kau kawan ngan amirul tu.si eddy tu pun.mak tak suka.nanti kau terikut-ikut dorang"bebel ibuku sendiri.

aku tidak tahu apa yang aku agungkan.bagi aku, ada mata, lihatlah sendiri, ada hati jangan
pula membenci.ya.aku tahu.amirul berapa kali kena berhijrah sekolah di atas kenakalan nya.
si eddy pulak sebab dia bersekolah harian di taman berdekatan kawasan perumahan rumah aku.manakala aku ini dari sekolah berasrama penuh dan tak layak berkawan dengan mereka.itulah kata-kata ibuku.

lantas aku menjawab "mak.kenapa mak nak pandang rendah sangat kat kawan-kawan abang.teruk sangat ke diorang tu? mak lepak ke dengan diorang tiap-tiap malam?
abang kenal diorang lebih dari mak kenal diorang tahu tak.abang tak faham kenapa manusia perlu saling benci membenci sebab berbeza kehidupan" aku membalas tanpa rasa sedikit pun kurang ajar kepada ibuku.

ayahku hanya merenung aku seketika dan membiarkan aku terus membasuh ibuku sendiri. haha.itulah kisahnya.darah muda yang membuak-buak mempertahankan keegoan masing-masing. kenapa? kerana aku sayangkan semua orang dalam hidup aku.biarlah ibu aku benci mereka sekalipun.jika tiada siapa yang peduli tentang hidup mereka siapa lagi? siapa lagi yang mahu berkongsi soalan serta tips-tips spm dengan mereka? siapa yang mahu menunjukkan cara untuk mengisi borang memohon UPU? siapa saja lagi yang boleh memberikan mereka satu sinar hidup baru? memberikan mereka semangat untuk terus menjadi manusia berguna.

itulah maksud aku wahai rakan-rakan.jika beliau yang berjaya mendapat sebuah banglow sebagai suatu sinar baru untuk meneruskan hidup.dan apa pula hadiah untuk budak-budak ini bagi mereka mendapatkan sinar hidup untuk terus hidup!

5 comments:

shned shahabuddin said...

haha mak kau panggil kau manja ke??

hilman.fikry said...

haha.
tu r pasal.
dari kecik kut.
npe? mhu pgil ak manje ke.huhu.

Jack Wiseman said...

mak ko marah ko kawan ngan aku?
haha
neway, tq sebab backing aku..

hilman.fikry said...

haha.kimak lu misoi!

cRaZeEkAtAk said...

oit ko da cm ahli politik je nie...aduhh