air kencing di mata

"nak duit kertas!, nak duit kertas..yang biru tuh"meraung adik aku.

ish,budak ni.ada jugak yang kene shoot pergi bulan ni kang. Aku tengah layan The Nanny ni. Kau sibuk-sibuk nak memekak raung.

"pagi tadi kan adik dah pakai duit tu. mana ada lagi, tinggal yang syilingnya aja."kata bibik aku.

"tak mahuuuuuu..nak duit kertas jugak!"menangis adik aku ni lagi.

aku dah menyirap dah.jantungku sudah menjadi jantunglah.tak kan jadi lembu pulak kan. menyirap aku.aku naik bilik.ambik dompet aku dalam seluar, ambik duit kertas warna hijau.

"nah,datuk ambik ini.datuk tutup mulut.abang tak nak dengar wan nangis lagi." abang ini berkata la kan.

senyap.sunyi.hanya dengar suara pelik si Nanny di telivisyen.

tiba-tiba, adik aku bersuara.

"bik!!! jom pergi kedai.abang bagi adik duittt.adik nak beli shewingg gam! jum la bik"tiba-tiba.

boleh la pulak gembira.situasi ini memang dah biasa berlaku.sebagai yang sulung.skill air mata ini memang wajib diguna pakai oleh tiga-tiga orang adik beradik aku. macam biasa.aku jugak yang kena angkat spender putih.konon mengalah.

yang aku menyirap.air mata mereka akan berhenti dengan serta merta dan tiba-tiba tersenyum mahupun ketawa.ini kalau anak jiran aku, memang aku kurung dalam tandas.nasib baik lah kau orang adik aku hoii..



dan hari ini.
berbicara tentang air mata.air mata sebagai silap mata? bagaimana? situasi tadi diketepikan oleh kerana pemangsa adalah berumur bawah 12 tahun.yang tahu menangis semata-mata mahu alat kawalan televisyen untuk menonton hagemaru!

bagaimana pula untuk golongan yang dah bermimpi? mimpi bukan sebarang mimpi tahu. senang cerita, golongan yang sudah berbulu ketiak? tetapi masih menggunakan air mata sebagai silap mata untuk bercanda gulana.

sedikit pun aku tak marah pada golongan-golongan ini. secantik-cantik ciptaan mata untuk kita. sehebat-hebat ia boleh mengeluarkan air mata. tapi sayang disalah guna oleh penggunanya. gelap mata mereka. bukan kerana malam, tetapi kegelapan. gelap segalanya.

pelik ke kenapa aku berbicara tentang air mata? entah lah. tapi seperti kau orang tahu. aku tak marah pun golongan ini.tetapi ini seperti pesanan ringkas buat kamu semua. walaupun aku dah tahu jawapan kau orang ialah.

"loser gila mamat ni, suka hati aku lah nak nangis ke tak."

"whateverrr.."

"marah nampak banggg...kepoh la lu mat".

aku? takdehal.chill je.cakap apa kau orang nak cakap. tapi memang aku sakit hati pun kalau kau orang hanya guna air mata semata-mata nak meleburkan hati-hati jejaka sekarang ini. aku rela tengok kau orang guna kecantikan kau orang tahu.daripada sibuk mengalirkan air mata supaya si dia akan merasa serba salah dan rasa seperti dihempap batu.dan kau orang dalam hati tersenyum.

akhir kata. jantan,berjagalah dengan air kencing mereka itu.

1 comment:

doriyuckey said...

ohhh. yg bawah umur tu tape.

adeh, paham2, itu kan golongan yg mengambil kesempatan deh. itu ape yg aku rase lah. sbb aku ni pon dah kenal ramai cam tu. bukan nak kate aku bagus sume, tapi macam desperado lah mereka tu.