sepucuk pistol buat pembaca

kehadapan pembaca yang budiman,

sesungguhnya hilman mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan segantang terima kasih buat pembaca tulisan hilman.meskipun hilman bermula menulis tanpa motif. tetapi kerana kamu, hilman kini lebih ingin berkongsi sesuatu yang pasti anda tidak dapat di mana-mana mahupun di perpustakaan negara.

setelah mendapat galakan yang menggalakkan, hilman teruja untuk terus berkongsi. di dalam tulisan-tulisan ini, hilman lebih suka menggunakan istilah berkongsi. bukan sehala, dua hati yang berbicara. hilman seorang yang sayang pada dunianya. menyayangi negaranya, kelas nya, rumah nya, sekolah lama nya, tempat lepak nya jua rakan, teman, sahabat nya.

wahai si kacak jelita, hilman punya pendirian sendiri. hidup di bumi, hilman punya caranya untuk terus mencipta. hilman sesekali tidak memaksa kamu untuk berfikir di laluan yang sama dengannya. sesekali tidak memaksa untuk menyokong kata-katanya. sesekali tidak ingin menghasut rakyat semua.

katalah apa sahaja.hilman tetap buat apa yang dia suka. menerima sesuatu dan memberi kepada semua, itulah cita-cita hilman. hilman kini lebih ke arah saluran ketiga, keempat mahupun kelima jika ada.berdiri disini bukan kerana tiada kerusi, tetapi hilman mahu berkongsi.

buat yang baru mengenali kerana tulisan.untuk pengetahuan anda, hilman di dunia yang sebenar tidak seperti apa yang anda bayangkan.buat rakan juga, tolonglah. hilman merayu. tidak dapat semua, hulurkan lah sesuatu.bantu hilman.dia mahu mengejar cita-citanya dalam arena berkata-kata ini.

kata-kata akhir.hilman tak mahu menjadi pengangkat bakul sendiri.hilman juga tak mahu dijulang tinggi.biarlah hari-hari dengan satu matahari.biar lah hati dengan pelangi.



yang selalu menipu,

hilman fikry.

3 comments:

shhned said...

hahaaa hilmanDi!
ada ke perkataan segantang terima kasih??

mya said...

wawh ! i peminat u ! :D pembaca setia karangan2 u :) haha :)

hilman.teddy said...

haha.dinda! ill love u 4ever bebeh!