Dan Gadis Itu Menangis



Adalah seorang gadis kota yang hidupnya seperti puteri. Mintak lah apa sahaja, berkat rezeki serta usaha ayahnya yang dulu hidup susah tetapi sekarang seorang pelakon yang hebat pasti merealisasikan mimpi-mimpi anaknya.

Bosan dan lemah dengan hidupnya yang konon seorang gadis yang panas. Dia berkata di dalam hati "Apa punya aku hidup ini. Tiada dunia lain kah untuk ku. Bandar ini sangat bosan".

Esoknya lagi "Bukan MyVi tau.Ayah i bagi i Nissan Fairlady.Itu pun i dah bosan lah nak drive".

Esoknya sekali lagi "Lelaki tu comel kan.Tapi punggung dia kecik la.Zikri lagi menawan dari dia tau."bercanda gadis ini dengan teman-teman gosipnya.

Dan suatu hari itu juga, selesai dia menonton Talent Time, gadis ini pulang ke rumah.

Adiknya 3 orang. 2 orang mungkin sudah di bilik tidur.

Ayahnya si pelakon hebat itu mungkin outstation.Tinggal ibu nya dan adiknya seorang melihat telivesyen.

Kepenatan dan berpeluh.Langkah terus ke bilik tidur.Lantas baring di atas cadar merah jambu bercorak bunga-bunga sakura nya.

Tiba-tiba,telefon bimbitnya berbunyi. Kedengaran suara Dato Siti ''chintaku bukan di atas kertas..".Terpampang nama Khairil Uia di telefon bimbitnya.

"Argh,mamat ni lagi. Kecoh betullah. Dia ingat senang-senang nak kikis duit aku. Boleh blah!" katanya dalam hati.

Penat melayan perasaan.Dibuka baju dan seluarnya terus gadis ini ke tandas. Tinggal di rumah mewah bukan hanya memiliki mangkuk jamban yan berkilat,juga cermin besar menghiasi setiap sudut tandasnya.

Melihat wajahnya sendiri di cermin.Di cubit-cubit pipinya. Di usik-usik buah dadanya. Bangga menjadi perbualan gadis-gadis serta jejaka-jejaka yang lain. Kebanggaan di atas dasar genetik ibu semata-mata.

Ketika itu. Entah apa yang difikirkannya. Lantas duduk di atas lantai dan terus membuka seluar dalam hitam berbelang kuning seperti lebah miliknya.Terus melihat ke cermin.

Sejuk lantai merejam punggungnya. Gagah menahan. Cuba lihat dirinya di dalam cermin. Dia menawan perasaan dirinya sendiri.

Menggigil. Rasa malu dan jelik. "Apakah yang aku lakukan?" katanya.

Diluaskan kakinya.Kelihatan permatanya.Kemas di jaga.Dari segi kebersihan.

Diratapi setiap lapisan nya.Menangis. Gadis ini menangis. Dilepaskan semua perasaan. Geram dengan jantan! Puas di ranjang! Gembira dengan penipuan. Sedih dengan kehilangan.

Oh.TUHAN.bisiknya hatinya.

"Gadis ini lemah.Dia mahu melahirkan anak yang suci dari permatanya."
"Dia pelik dengan ciptaan mu padanya"
"Tapi yang penting.Dia menangis dan tahu kegunaannya".


Dari pengarang.
Cerita ini khayalan semata-mata.Hanya buat inspirasi kepada wanita dan gadis tentang kebanggaan menjadi wanita.

No comments: