dia menangis kerana musik

"weyh, muka gangster.hati jambu.."kata beliau.

haha.selepas abu mendengar aku bermain lagu deeper conversation-by yuna. biasalah, main gitar tepi katil, berangan nanti buat show kat orang ramai. dari kecik memang macam ini. bukan aku seorang je kot. aku rasa kurt cobain dulu pun masa kecik-kecik mesti pernah berlagak bermain gitar menggunakan raket badminton sambil melompat-melompat atas katil.

mereka bilang aku pemimpi.tetapi, bukan hanya aku seorang-john lennon

pelbagai rakan aku punya.pelbagai telinga mereka punya.pelbagai bunyi aku dengar.tapi mereka ini tetap di hati.entahlah bukan jawapannya.bagi aku bunyi-bunyi seperti ini-pop jazz,nu jazz,akustik,easy-listening memang sekeping tiket yang boleh menghantar anda ke destinasi pilihan seperti syurga mahupun sebuah pulau yang dingin.

sebenarnya,aku seorang yang tidak layak untuk bercanda tentang musik.betul, aku menyelam di dalam bidang bunyi ini.tetapi, aku bukan lah seorang perenang yang hebat.kau orang pun tahu kan.jadi, apa yang aku suka ialah berkongsi.sesuatu yang hebat untuk dikongsi bersama. memang akan buat anda menangis seketika.tetapi,kelamaanya ia mengundang ketawa.

kenapa menangis? kau orang ingat musik ini boleh buat kau orang gembira ke? pada masa yang sama, bunyi juga boleh buat kita sedih. nak tahu macam mana aku sedih dengan muzik? sejak-sejak ini, aku rasa suatu dalam darah aku dah hilang. kehilangan yang besar dan bermakna.kau orang tak faham kot. dulu, masa mula-mula aku kenal dengan yuna melalui lagu dan sebenarnya, aku tak cerita pada sesiapa pun tentang yuna.dan ketika,aku mendapat lagu-lagu yang lain,mereka bertanya."ada lagu yuna baru tak?" slumber aku jawab "tak ada".

sebab apa? aku sayang bunyi aku.ketika sebuah lagu yuna didendangkan di fly.fm. ketika itu juga aku merenung terus keluar tingkap dari kereta.aku maki-maki dalam hati siapa yang bawa naik lagu itu.aku tak dapat menerima kenyataan bahawa yuna kini milik orang ramai.pelik kan?

bukan yuna sahaja.lagi-lagi tahun ini, tahun perkataan indie diguna luas pakai oleh pemuda-pemuda malaysia. mereka yang hebat berkarya hanya untuk memenuhi cita rasa tempatan. melupakan bunyian permainan asal mereka. dan si kecil mula dan ingin mencipta nama. semua nak buat band. semua! padahal baru ada satu lagu.esok-esok? terkandas ke lubang jamban.

bagaimana pun.aku tahu.aku kena terima dengan perubahan dunia.mereka datang dan pergi. yuna pun mahu cari makan.abang emmet mesti nak beli BMW juga. semuanya perlu berubah. dan aku? biar di bawah.di tepi katil.memetik lagu aku untuk rakan-rakan di bilik...



3 comments:

riziaq said...

aku pun punya perasaan yang sama tiap kali perkara tu berlaku..
since dulu-dulu lagi sebelum kenal kau tu sape..
sampai satu tahap dah jadi lali..
dunia kian berubah..
betul ckp kau..

Asmidar Azizan said...

haih , sedih cerita ini , takpe kanda ade mya kankan :D

Doriyuckey said...

uhuhu. betul. jantung dasa macam nak tercabut jee:(