Untuk Encik Tsunami

"An email is going around warning about an impending earthquake
and tsunami hitting parts of Asia, including Singapore.
It claims that disaster will strike on July 22, the same day as a solar eclipse."


"The email says that apart from Singapore, Indonesia
and
Malaysia,
the giant wave may also hit countries
as far as Japan, Australia and India."

f



Pesanan buat Saudara Tsunami,
jika benar saudara mahu singgah ke negaraku detik 22 Julai ini,
singgahlah dengan sopan santun wahai kawan.

Jika sesiapa tidak dapat melawan keperkasaan mu,

janganlah engkau tewaskan kami sebegitu,
kerana kami punya hari untuk ingin terus tersenyum.

Saudara, jika benar kau tak mahu beramah,
dan jiwa besar penuh amarah,

kau berjaya membuat manusia resah.

Manusia giat mencipta.Sehingga mereka lupa pencipta.
dan jika engkau mahu bercerita.
luahkan kepada mereka.

Jangan sampai ibu itu menangis berbulan-bulan.

jangan sehingga anak kecil hilang penglihatan.
jangan sampai buku-buku tinggal cebisan.
jangan sehingga tulang dikenang zaman.

Saudara,hamba tidak merayu.
Saudara,jangan ingat kami kayu.
Sedikitpun tidak aku merendah diri.
Menentangmu sampai mati.

Masih.
Jika ketika kamu pulang,
kamu ingin membawa nyawa bersama.
kau ambil mereka ini.

mereka pemimpin yang bercerita.
pemabuk di khalayak ramai.
juga ambil
si pemandu teksi yang menipu.
mungkin si guru yang cemburu.
atau,
pembuang janin sendiri di jalanan
mahupun pelacur sambilan.

Maaf.Aku silap.Pulangkan mereka.
Mungkin sudah sedar agaknya.

Kau ambil sahaja mereka yang sudah bersedia.
Yang tertulis Syurga di dadanya.

Sekali lagi.Maafkanlah hamba.Hamba pun Hamba.


p/s-entah-entah si John ni nak datang Batu Feringghi 22July.

No comments: