perihal Jumaat

Jumaat.hari yang dinanti2.hari yang juga digeruni.hari yang membina.hari yang menyeksa.
masing2 punya agenda serta prosuder diri masing ketika hari mencecah ke petak Jumaat.
Seperti keramaian termasuk adik aku sendiri melihat hari Jumaat syurga buatnya.
Seawal 5 tahun adik aku hanya tahu Jumaat untuk dia bebas kerana cuti dari sekolah.

Mereka? Saya?

Ada yang menanti hari Jumaat untuk lepak makan2 bersama teman. Mungkin ada yang ke Cineleisure memilih agenda Midnight Movie. Mungkin ada yang ke Asia Club, untuk bermain pool.Juga, ada yang sekadar melepak di depan rumah sendiri memecah kesunyian malam. Atau ke Mont Kiara melihat beer dan lampu2 dunia.

Juga digeruni kerana malam ini seperti malam keramat. Malam bagi Mat Rempit melayan perasaan. Malam bagi mereka mecurahkan idea2 atau mungkin juga darah. Atau mugkin juga dara. Malam yang digeruni kerana mungkin raja sebenar jalan iaitu Pak Polisi bersiap sedia dengan benteng2 mereka di jalan menjaga keamanan dan juga mungkin mencari makan.

***

Sebenarnya aku nak kongsi tentang sembahyang jumaat dalam hidup aku dengan korang semua. idea tercetus setelah pulang dari sembahyang jumaat sebentar tadi.

Seawal 5tahun.
peringatan agak kabur.tapi ketika umur ini aku akan ke masjid bersama saudara aku, Omar dan datuk kesayangan aku, Haji Bakri.khutbah jumaat akan dipinggirkan kerana tidak faham. Hanya duduk senyap bersila melihat mimbar Masjid Jamek Sg.Buloh. Selepas sembahyang, aku dan Omar akan teman datuk kami untuk mengira duit dari tabung derma.berikutan masih tidak pandai mengira,kerja aku hanya mengelaskan duit 10sen,20,50sen. kecik2 dah jadi bendahari.

Setelah 10 tahun.
Lokasi tetap sembahyang jumaat, Masjid Al-Ghufran,TTDI.sebelum sembahyang aku akan lepak kat kedai makan berdekatan semata2 untuk menunggu makanan percuma.kerana mereka akan memberikan kepada pelajar2 sekolah seperti kami jika lauk masih tidak habis.dapatlah rasa ayam goreng atau daging kurma! dan ketika sembahyang.yang pasti,ketika orang sembahyang ketika itulah kami menjadi setan di belakang.masing2 berlari utara selatan.ada yang bergusti kerana karpet masjid itu sangatlah tebal dan sedap untuk landing. Dan yang aku ingat,ketika dengar salam pertama semua akan bergegas duduk di dalam saf dan berlakon seperti sembahyang.

Kemudian 15 tahun.
Bersekolah asrama. naik bas kilang untuk ke masjid. dengan diwajibkan memakai sampin maktab serta songkok,amatlah memberi cabaran. antara strategi untuk mencuri tulang ialah dengan menyorok di dalam bus.sehinggalah habis sembahyang kerana bas kami ada air-cond!
menjadi kebiasaan untuk pelajar melipat sampin mereka menjadi tebal dan petak supaya boleh dijadikan santapan sebagai bantal untuk lena! juga tidak ketinggalan mereka ke belakang masjid untuk merokok secara berjemaah untuk mendapat pahala lebih mungkin.

Setelah 18 tahun.
Menjadi individu dunia.punya pilihan untuk memilih.kadang2 kita sendiri tewas dalam membentuk diri. di universiti aku sendiri pernah diterjah kerana ponteng sembahyang jumaat.kawan,jujur saya penat! kantoi.bayar lah saman rm50.tak apa.saya yang salah. ketika ini juga, masih ada yang pergi sembahyang kerana terpaksa.tapi, bagiku ia nya lebih bagus dari tidak pergi langsung. namun! masih juga ada yang pergi sembahyang Jumaat semata2 ingin menelan pisang.kalau ada setandan,setandan dia habiskan.patut muka macam pisang.

Jumaat. Hari untuk bersuka ria mahupun berair mata. Cuma satu. Hari Jumaat itu Hari AKHIR kan.

9 comments:

mya said...

mcm biase , i suke every nukilan from you .
:)

shhned said...

hilmanDUL..haha
u pergi tak semayang jumaat tadi?
or u pergi ke bulan? makan nasi ayam..

hilman.teddy said...

tadi pun kantoi.
xde spe kejut.bgun lewat.
huhu. =[


thnx mya!

abdullahkadir said...

woi man.
aku kantoi gak jumaat td..
haha..aku bgun2 trus usha dari tingkap.ada 3 masjid kat bawah smua arab2 da keluar abes sulat~

pembetulan man.ari jumaat ialah saiyidul ayyam~
penghulu segala hari.bukan hari pengakhir~ngeh3

fina. said...

salahkah quote of the dayy tu?
sila beri penjelasann atas komen anda.
ye mmg kepercayaan lagi penting.
awk perli sy ke?iskisk.

hilman.teddy said...

kadir-aku tahu itu kadir bahawa jumaat itu penghulu hari.

tapi beringat bahawa hari kiamat akan menari di hari JUMAAT kadir.jumaat.bukan sabtu.

sbb tu aku letak hari pengakhir. =D

Awek China Jumaat said...

Bagus karya anda :)
Sedikit jenaka dan
pedoman dan akhirnya
sedikit ketaubatan o.o

hilman.teddy said...

manusia,
bertinta2 tanpa rasa celaka.
kdg2 kita yang di bwh merasa.

=D

abdullahkadir said...

jumaat penguhulu kepada hari yang xberhari da.