kawan

kawan.satu perkara subjektif yang amat sukar diolah.tapi bagi aku sendiri perkataan kawan itu sendiri tidak membawa sebarang obejektif.sebagai seorang yang suka berkawan, aku sendiri pernah berjumpa dengan pelbagai kawan.manusia itu sendiri punya pelbagai warna mewakili perangai dan tingkah laku mereka.seperti sekeping gambar.jika ianya hanya hitam putih maka hilanglah seri gambar itu.namun jika diteliti,hitam putih ini juga kadang2 yang menarik dan sempurna.
"there is someone out there said..frenz dont really exist..but hey..look at us!!"

ulasan diatas diterbitkan oleh rakan aku juga.dan aku tahu perkataan someone itu sendiri merujuk kepada diri aku ini.minggu lepas juga,kami bercerita tentang kawan.dan aku beritahu padanya bahawa perkataan kawan itu tidak wujud serta tidak membawa sebarang makna.bingkas dia tersentak dan terus melulu memberi pandangannya.

dan hari ini.dia suruh aku melihat mereka.buat cik X.saya bukan pendendam.sekadar membuka mata anda.perbuatan anda mencampak saya suatu ketika dulu sudah membuktikan anda tidak layak menjadi kawan saya.maaf andai terkasar bahasa.cuma saya ingin menunjukkan pada andai situasi dunia yang anda akan hadapi kelak.jika benar anda seorang kawan,kawan tak pandai merobek hati kawan.tapi sejujurnya,saya sudah katakan saya sedikit tidak pernah berdendam dengan anda mahupun dengan sesiapa.jadi anda tak perlu gusar kerana saya tetap akan berkawan dengan anda.
jadi,rakan semua.saya hanya meminta anda tidak memandang serong dengan ulasan ini.memang kawan itu penting.tetapi,apa yang saya tegakkan ialah kewujudan perkataan kawan itu sebenarnya tidak mewakili kawan2 anda yang anda berkawan.
bukan semua.tapi hampir kesemuanya berkawan dengan alasan.ada yang ketika anda memberi dia makanan,tetapi ketika dia sedang makan dia tak pernah mengajak anda.ada yang hari ini berjabat tangan dengan anda,esok hari terus membawa diri.ini namanya kawan dengan bertujuan.sambil menyelam minum air lalu habis madu sepah dibuang.
lagi,ada yang berkawan.selepas itu dia dapat kawan baru,yang lama dilupakan jua.mereka lupa segalanya.seronok dengan barang baru yang dimiliki kawan yang lama dipinggirkan begitu sahaja.hidup menumpang bakti.telah diserahkan semua.hari ke hari perlahan2 berlalu pergi.kawan kah itu?
paling aku benci.golongon babi seperti ini.contohnya jika anda dan seorang kawan anda punya masalah dalaman.bergaduh atau bercanda dan sebagainya.jikalau boleh masalah itu akan dihebahkan kepada orang ramai.lagi gedik mengadu pada si gadis.hidup bagaikan belon.di isi angin untuk diletupkan atau pun diri sendiri terkecut.mengjengkelkan mereka ini.
lagi.jika masalah perempuan.buah dada punya pasal,kawan campak ke bontot.jika anda bersahabat dengan golongan sebegini,haruslah anda menjadi seorang yang bijak dan jangan terpijak perangkap yang disediakan.mungkin itu bisa meranapkan perasaan anda.lebih2 lagi jika emosi anda berada di tahap yang tidak dikategorikan sebagai kental.
seperti biasa juga golongan materialistik.berkawan sambil mengawan.maksudnya menggunakan kawan.dari sebatang rokok hinggalah sekeping not rm50,misi dan visi berkawan boleh terubah dengan serta merta.golongan ini paling senang diketahui.tingkah laku mereka senang dibaca.anda cuma perlu berhati2 dan terus berhati2.
namun.namun dan namun.masih ada kawan yang dinamakan kawan.satu pesanan hidup yang penting,jika anda rasa kawan anda hilang ataupun melarikan diri.janganlah mengenang mereka.biarkan mereka pergi tetapi bersiap sedialah dengan rakan disekeliling anda.cari yang hampir pada anda,yang jauh biarkan.kerana lebih jauh,lebih banyak perasaan sayang yang timbul.
entri ini juga dikreditkan buat semua kawan2 saya yang masih setia ataupun cilaka serta kawan2 baru yang mewarnai ataupun mencalari hari2 saya.anda membawa erti dalam hari2 esok saya.terima kasih!

1 comment:

Anonymous said...

btol2..ana setuju..ehe~