sila tabik bapak saya sekarang.

Kenapa anda perlu tabik bapak saya? Bukan kerana namanya Mohd Fikri bin Mohd Bakri. Juga bukan kerana dia bekas pelajar ITM. Bukan juga kerana dia menggunakan Nokia e-90 untuk berhubung dengan orang lain. Juga bukan kerana beliau memandu Proton Iswara merah dengan lampu depan yang pecah serta tingkap yang tak boleh dibuka. Bukan juga kerana Nikon d-90 ataupun kasut hitam Dr.Martin nya tetapi dia punya sebab sendiri layak menerima perkataan ini.

Beliau tak perlu anugerah nobel mahupun anugerah langkawi seperti mereka yang menghargai manusia-manusia yang banyak berbakti dan berjasa pada kehidupan. Cukup bagi dia dengan kehidupan yang dia jalani menggembirakan dirinya serta orang-orang sekelilingnya. Mempunyai pemikiran yang tajam serta beperwatakan menarik menjadikan dirinya disenangi oleh orang ramai. Maaf andai terlalu memuji. Bagi sesi mengutuk,beliau seorang yang kedekut dan berkira.

Seawal aku 5 tahun aku sudah dihantar untuk menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Alor Star bersendirian dan hanya ditemani pramugara-pramugari serta juruterbang untuk pulang ke kampung halaman. Seawal 3 tahun juga botol aku diambil dan tidak dibenarkan lagi menikmati nikmat diusap dikepala sambil meghisap susu ketika dimalam hari. Nampak sifat berdikari yang diterapkan beliau kepada aku?

Beliau amatlah susah  berkongsi masa silamnya. Sebarang cerita aku perlu korek dari pihak lain seperti kawan2 beliau, pakcik makcik aku mahupun datuk aku sendiri. Apa yang aku tahu, dia memang seorang yang nakal dizaman remajanya. Merupakan bekas pelajar Smk Maxwell iaitu sekolah untuk budak2 garang, beliau dengan bangganya akan bercerita tentang jasa beliau yang mengecat serta membina papan tanda sekolah pada waktu dahulu. Sehingga dalam sebulan cerita itu akan berulang kali diceritakan pada semua orang.

Juga pada satu ketika aku dirumah datuk aku, aku masuk ke dalam bekas bilik ayah aku. Dan aku terjumpa sebuah kaset Scorpion. Dengan perasaan agak teruja aku terus bertanya milik siapa kaset itu. Dia senyap dan tidak berkata apa2. Mungkin aku masih mentah untuk menerima bunyian Scorpion ketika itu. Lantas aku memerhatikan pingat2 didalam biliknya. Ternyata ayah aku seorang perenang yang hebat. Memiliki kebolehan menerjah arus air yang merupakan bakat nenek aku juga suatu ketika dahulu.

Lagi, antara kisah hidup yang boleh membuat aku kagum dengannya beliau tidak pernah rotan aku, tidak pernah bising aku keluar dan pulang lewat malam, beliau tidak kisah aku berkawan dengan ramai orang. Beliau suka cara aku memandu keluarga. Beliau tidak kisah aku bermain dengan nikon d-90 nya. Beliau tak kisah aku pinjam iPod classicnya. Satu lagi rahsia, beliau selalu cerita lawak lucah dengan rakan2nya depan aku. Nampak satu titik hitam? tapi anda silap.

Sebenarnya,cari didikan beliau seperti ini yang membentuk aku jadi manusia. Aku cuba menangkap cara beliau membesarkan aku. Dan pada suatu hari baru aku sedar mengapa. Kerana seorang rakan aku yang hidupnya dikongkong oleh ibu bapa dan hanya duduk di rumah serta tidak dibenarkan merantau dunia serta mengenali kehidupan kini bergelar penagih dadah. Mungkin terlalu tertekan lepak seorang diri di bilik. Dia juga sering cakap seorang diri di bilik dan di dalam kelas. Menakutkan bukan.

Terlalu banyak kisah bapaku ini. Tetapi paling aku kagum dengan kebolehan beliau ialah cara beliau mengumpul duit untuk menyara anak-anaknya. Pertama, beliau bekerja sebagai Eksekutif Komersial di sebuah syarikat penerbangan helikopter. Beliau pernah ditawarkan menjadi manager disebuah syarikat dengan bayaran gaji berganda tetapi beliau tolak dengan alasan kerja banyak duit tapi tak gembira baik tak payah.

Selain itu ayah aku merupakan penternak kambing. Hampir berjaya, tapi tumpas. Namun dia tidak mengaku kalah. Beliau juga merupakan pakar motivasi yang sering ke sekolah2 mendidik anak kecil yang tak telah salah dididik oleh guru2 zaman sekarang. Beliau juga pernah menjadi guru renang. Selain itu, pernah berkhidmat selama 4 tahun menjadi ketua jurulatih untuk khidmat negara. Menyandang jawatan timbalan pengerusi PIBG Mrsm Pasir Salak suatu ketika dahulu dan kini yang dipertua PIBG Smk Damansara Damai dengan niat suci membantu anak-anak nakal. Beliau juga seorang sukarelawan dan aktivis dalam menangani isu alam sekitar. Dan akhir sekali beliau seorang ayah dan suami yang kental untuk keluarga aku.

Dan aku tegaskan disini aku tak pernah membenci beliau biarpun aku agak kesal dengan genetik yang diberikan pada aku membuatkan aku kurang hensem dan susah mengayat perempuan. Namun, aku tak kisah kerana beliau tetap seorang jejaka yang akan aku kenang sehingga aku bertemu pintu syurga. Andai tuhan mendengar kata hati aku sekarang, izinkan aku sentiasa bersama ayahku seorang ini kerana Pak Cik Abu imam masjid negara pun tidak mampu menangani kebolehan beliau mendidik aku melakar warna di dunia.

akhir sekali aku ingin kongsi petikan-petikan dari mulutnya yang merentap jiwa aku demi kebaikan manusia sejagat.

  • kau dah besar,bukan anak lembu nak aku rotan2.
  • ayah ajar anak orang.jangan kau kurang ajar pula.
  • duit untuk makan mintaklah berapa banyak nak.ayah tak kisah.
  • belajar jangan sebab akedamik.cari satu benda yang cikgu tak bagi.
  • kau nak pergi club ayah tak kisah.janji kau kenal bau syurga nanti.
  • orang luar biasa selalu buat benda luar biasa.
  • kalau nak kerja jangan fikir duit.nanti tak kemana.
  • kalau nak kahwin jangan cari yang jauh2.susah nak balik kampung.
  • M L M bukan cara untuk kita cepat kaya.
  • nanti aku dah tua nak beli BMW kau jangan sibuk nak naik.
  • tak payah nak kelentong aku.aku dah biasa budak macam kau ni.
  • MacBook aku lagi power lah!

dan akhir sekali,

  • rokok astro sape dalam tandas ni.banyak lagi.-kantoi-

4 comments:

Awek China Jumaat said...

Your dad awesome :D

abuyusof said...

..ayah zaman rock memang gitu..

miephobia said...

aku suke ayat last sekali..

'rokok astro'..;p

pape pun,tabik ayah ko!

ain fathihah said...

tabik ayah kamu!