kecomelan yang dirogol.


tiada siapa mahu ini.


sang comel.


kecomelan melampau.

bayangkan anda melalui kehidupan menikmati betik seumur hidup anda.kemudian anda dibesarkan dalam kehidupan yang kecil.anda terhimpit di dalam sebuah sangkar besi. kukuhnya ia sehingga anda cuba untuk menggigit setiap jeriji demi mencari kebebasan.

jika anda mampu melaksanakan ini,anda layak tersenarai dalam senarai manusia paling kental dunia.

keperitan ini ramai yang tak pernah terfikir.masing2 dengan perihal pejabat, tadika mahupun keluarga.

sehingga mereka semua tidak tahu perihal kehidupan keluarga mereka di hujung belantara.menemani sang matahari menari di awal hari.meneriak kencang menemani kentulan kilat dan guruh.

telah saya lafazkan hidupan primat seperti orang utan, proboscis, siamang, mahupun beruk liar adalah sebahagian keluarga saya.

dan jika anda tak mahu melafazkan mereka sebahagian daripada hidup anda, sila beransur dari bumi tuhan ini.keangkuhan anda melampaui artikel hutan belantara.

maaf andai terkasar bahasa.tapi anda lupa,anda yang berkasar dengan mereka.saya tak mahu menuding jari pada sesiapa.ini bukan kehendak semua tapi ia tanggungjawab kita.

disini,saya ingin berkongsi dengan suatu khazanah negara yang mungkin sekalian ramai tidak tahu bahawa hutan Malaysia ini mempunyai satu hidupan comel secomel Winnie the Pooh yang dinamakan sun bear ataupun dalam suara tempatan dipanggil beruang madu.

ya,kita mempunyai beruang madu.

sayangnya,kehidupan mereka kini terhimpit seperti yang saya harap anda bayangkan diatas.lebih menyedihkan tiada sebarang pihak ingin cuba menyelamatkan mereka ini.

buat pengetahuan semua,kini tidak lebih 10 ahli sains yang menyelidik tentang mereka ini. tidak lebih 5 doktor haiwan yang merawat mereka.

mereka diburu kerana rupa paras mereka yang comel dan manusia ingin menjadikan mereka haiwan peliharaan dirumah.anak kecil yang tak bersalah ini terus ditangkap dan ibu mereka dibunuh pemburu.

dengan kepercayaan masyarakat tempatan yang mempercayai beruang ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi,pemburu terus memburu tanpa rasa celaru.

kecomelan mereka dirogol.

hilang dara segalanya.

tangisan merana jelas di mata.

tulisan ini tidak cukup untuk menggambarkan suasana segalanya yang saya lalui.tapi, sedikit harapan dari saya supaya anda katakan dalam hati dengan ikhlas "saya sayang beruang".

jika masih anda tidak mahu katakan dengan indah ayat itu maka gugurlah suatu kebaikan dalam diri anda.

satu langkah saya lakukan untuk menyebarkan tentang kesedaran dalam membantu menilik hidup primat2 ini.

dengan ini saya mengishtiharkan diri saya bahawa saya mempunyai nilai perjuangan dalam menyelamatkan nyawa sang comel.

anda bagaimana?

4 comments:

Neyra Shazeyra said...

comel!

abdullah said...

aku takut kena rogol dek beruang.hahah

Munira Ramadhan said...
This comment has been removed by the author.
cik beLLanan said...

gambar 1st 2 beruang kne sumpah jd mnusia ke sebaLiknyer?
;pp
cumeyL~