dari kuala lumpur ke sandakan

hari ini hamba menulis dari sandakan,sabah.teruja gua memang teruja.

orang sabah gua malas nak komen banyak.memang cepat mesra.ala2 bob af dulu tu.

mesreeeeee...katenye.


5 perkara menarik berlaku dlm perjalanan gua ke sini.
1.ciuman menarik.

sebelum berangkat ke sini.gua salam mak gua dengan penuh hormat.kemudian gua cium pipinya yang gebu dengan penuh kasih sayang.dan dia balas dengan penuh keghairahan.ibu gua dah terima gua kembali.memang gua seronok hari ini.

2.palat yang tak berbau.

gua pergi sabah dengan ayah serta adik aku seorang.dalam bus nak ke LCCT adik gua duduk sebelah bapaku.aku pada mulanya keseorangngan.kemudian datang dua orang minah saleh betina.seorang bernama fatimah.seorang lagi bernama kenanga mungkin.haha.fatimah memilih untuk duduk sebelah gua.gua dah stim dah,boleh borak2 ke ape kan.tiba2 ada mamat kelantan depan gua offer tempat dia.so,minah saleh boleh duduk berdua dan gua duduklah dengan abe kelate yang dah kalah piala FA dulu dengan selangor.

gua yang sedih sikit ni pun tiba2 teringat,sekarang kita kena menjauhkan diri dari mat saleh.anda semua pun tolong ingat.jika nampak mat2 saleh,tolong jauhkan jarak ataupun lari terus.mereka pembawa virus seleseme ayam! ataupun H5N1.

3.AK 5162-Sandakan.
seperti kebiasaan setiap kali gua naik flight gua akan scan dulu pramugari2 yang disediakan.sedih gua sedih.semua muka macam kuda.tapi tak mengapa.hati mereka malaikat.masing2 menyempurnakan kerja serta melayan penumpang dengan penuh saksama.

cuma,ada satu minah tu.ketika dia menunjukkan demonstrasi menggunakan pelampung kecemasan.tangan dia menggigil.gua tak pasti sama ada dia pramugari baru ke apa,tapi apakah latihan yang disediakan untuk beliau oleh air asia masih tidak mencukupi? jadi,cik tony fernandez,tolong pantau perkara ini ok.

4.mak cik kacang yang kedekut.

dalam kapal terbang,gua dapat barisan lain dari ayah dan adik gua. satu barisan ada 3 kerusi.aku dapat yang tengah.jadi,datang seorang makcik dan anaknya segera minta aku duduk di kerusi hujung.aku dengan rela berpindah.takdahal.tapi terima kasih pun tak cakap.

tapi, tak apa.aku tak kesah.orang malaysia memang macam tu.satu jam perjalanan,tiba2 anak dia bukak NIPS.korang tahu tak? gula2 kacang macam M&M tu.dah bukak tak reti nak offer kat gua.gua dah la tengah lapar.ada ke makan diorang 2 orang je.haha.gua panas,gua panggil pramugari,gua order maggie kari satu cup.gua layan sorang2! ahaha.

5.jiwa aku klasik.
sampai2,sewa kereta.gua carik frekuensi fly.fm ke capital.fm ke.memang tak dapat.gua pun jadi batu.sedang pusing2 di kota gua nampak signboard klasik.fm iaitu 91.1.apa lagi.gua terus tune.terdengarlah lagu entah siapa nyanyi gua pun tak tahu.aduhai.layan jelah.yang penting sekarang gua seorang at kelasick!
gua belum mula menangkap imej lagi.nanti dah ada gua upload untuk tatapan pembaca semua.sayang kau orang.mesreeee.. =D

3 comments:

wawabescoot said...

wawa jenjalang :)

.nana. said...

btol2 g sabah upenyee.. aaggagaga

hilman.fikry said...

nana-awak memang.mane penah caye org ckp ape. bweekk. =p