nyawa bahasa pada kiasan

cuba berterus terang.
ini baby gua yang cakap kat gua okei.dia cakap,u jangan la cakap berlapik2, cuba berterus terang. gua dengan sempoinya beritahu dia, ya nanti saya cuba. tanpa reti menabur janji kosong gua akan cuba untuk bermadah dengan terus terang pada hari2 mendatang.
berkias ada kepuasannya.
betul.gua sendiri tak pernah diajar untuk untuk berkias.ibu bapa gua tak pernah pun berbahasa baku di rumah.cikgu tatabahasa gua dulu pun tidak pernah memberi inspirasi pada gua. gua berbahasa pun menggunakan istilah normal dan tidak berkias.
tetapi,
dalam penulisan mahupun percakapan normal gua dengan manusia pada waktu tertentu gua gemar berkias lalu menunjukkan dekat dengan hati gua yang tak seberapa suci ini bahawasanya gua amat sayangkan bahasa serta gemar bermain dengannya.
bagi gua kiasan seperti anda melepaskan anak panah dari busurnya lalu terkena sebiji buah epal dan tembus dengan cantiknya.sesuatu yang anda katakan dengan samar2 tapi tepat mengenai sasaran.
kiasan amat penting dalam membentuk peribadi diri.ramai orang kata aku bermulut manis.bukan kerana aku makan madu ya.itu juga kiasan.kelebihan bermulut manis kadang2 membuatkan hari aku lebih bermakna dari minum secawan milo.
seseorang perlu bijak dalam berkias agar mesej yang ingin disampaikan dapat dibaca oleh penerima.penting dalam berkias menggunakan istilah yang betul serta mudah difahami.tidak perlu terlalu hiperbola,cukup hanya dengan susunan perkataan yang mampu meragut permainan jiwa.
orang yang berkias adalah golongan masa panjang.tidak suka terlalu kehadapan.ataupun dalam bahasa mudahnya, tidak gelojoh.mengejar sesuatu dengan tenang amatlah memudahkan. jadi,bukan sahaja cara orang2 lama yang suka berkias.anak2 muda sepatutnya cuba bermula untuk berkias agar penguasaan bahasa dapat diperangkan dengan sepenuhnya.
tiada paksaan oleh aku terhadap semua untuk berkias ataupun tidak. cuma, sesuatu yang amat mendapat jika anda hebat berkias. cuma,hati2 dengan mereka yang berkias. mereka mampu membasuh minda anda.apa2 pun baju saya sudah digantung tinggi. saya sekarang orang normal yang masih suka berkias.amin.

3 comments:

CikMinahSayang said...

:) Jangan berkias boleh ? HEHEHE

hilman.fikry said...

saya cuba. =D

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu mkn kenduri kt blog gua.Ada ulam ulam kampung
Follow terus pun xpa lagi bagus.

Blog gua dah tak seimbang.Gua tgk budak2 ramai dah berat ke belah punk.