uncle hussain si pelukis.


encik lan
Ini encik lan.terkenal dengan kelantangan serta kemantapan beliau melontar serta mengawal suara.vokalis meet uncle hussain ini memang dari dulu lagi antara vokalis2 yang mendapat pemerhatian gua.kalau yuna gua bagi 3 bintang.untuk abang lan 7 bintang dari 10.

Dah lama gua tinggalkan bunyi indie ni.saja menjauhkan diri.bukan kerana bengang dengan budak sekolah yang menyemak ya.tetapi gua saja nak merehatkan telinga.gua sekarang lebih terjerumus ke bunyian yang lebih chill dan trance seperti above and beyond ataupun alphabeat.

Tetapi,pada suatu hari.sedang gua enak memandu curi2 kereta mak gua nak pergi 7eleven, gua buka saluran radio x.fresh.fm.bekas radio kegemaran gua.kini radio yang menyokong produk tempatan ini bagi gua amatlah bersepah.memutarkan lagu band yang baru rekod sebuah lagu.band yang masih tiada produk.itu bukan satu cara yang produktif.lagu2 yang bunyinya
berterabur serta irama gitar yang ke longkang.

Tiba2 berkumandang sebuah lagu.permulaan lagu itu mencuri tumpuan telinga gua.intronya seakan pernah menusuk ke telinga gua satu ketika dahulu.agak menarik bunyi yang dikeluarkan.tapi itu tidak cukup.lirik yang gua dengar sebenarnya lebih mencuri pemikiran gua.lebih2 lagi dibahagian korus lagu ini.

c/o
jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya.

Tulisan2 yang amat subjektif.aku cuba menafsir perkataan yang ditulis ini.bagi aku jika anda lihat barisan pertama iaitu 'jika aku seorang pelukis' mungkin merujuk kepada mana2 individu tidak kira seorang pemandu teksi, penjual karipap, jururawat klinik kesihatan mahupun seorang ahli politik.

Kemudian barisan kedua iaitu 'akan ku warnai dunia' menunjukkan individu2 tersebut berlakon sebagai seorang pelukis dengan sebatang berus di tangan mereka siap bersedia untuk melukis mahupun mewarnai sesuatu.

Ke bahagian lebih bermakna.barisan ketiga iaitu 'dengan warna putih agar tiada gelap' menggambarkan pelukis2 ini cuba mengubah dunia yang kini penuh dengan kekotoran kerana warna putih itu sendiri merujuk pada sesuatu yang suci bukan? mereka ini yang diharapkan untuk terus mengubah masa depan dunia yang gelap dek perbuatan seperti bapa yang merogol anak sendiri, cikgu yang gemar merotan anak muridnya, si pemandu teksi yang mencabul cik kiah, pelajar ipts yang makin gemar memantat mahupun si mantan perdana menteri yang suka tidur.

Nampak? mesej yang cuba diketengahkan.golongan yang anda tuduh mat dadah suatu ketika dahulu ini juga ada benda yang bermakna ingin mereka sampaikan.tentang kehidupan yang ramai tidak mengambil berat kerana sibuk dengan hal ehwal masing2.
sekarang,anda beli berus lukisan sendiri.jangan berus jamban pula.kemudian bersedia untuk
membantu mereka mewarnai dunia.dunia ini.iaitu dunia anda.

p/s-jika anda perasan bunyi asas lagu "putihnya lukisan" sama seperti sebuah lagu lama mereka bertajuk "terakhir".


No comments: