kicap cap kipas udang

"manja turun makan!"kedengaran suara manis ibu gua memanggil anaknya ini dari bawah.

gua lekas simpan gitar gua tepi almari baju.berlari manja menyusuri anak tangga. gua terus duduk kat kerusi hujung yang memang selalu menjadi kegemaran gua.kelihatan ayah gua tekun menonton berita di tv3.gua kurang pasti perhatian dia terhadap isi kandungan ataupun pembaca berita.

"bik, tolong ambik kicap"gua mintak pertolongan dari bibik gua di dapur.

dengan sepantas cik arnab bibik ku arrived bersama dengan kicapnya lalu menghulurkan padaku.

"eh, ni kicap apa ni? nak kicap kipas udang"kataku sedikit bengis.

"enggak tau sih.ini saja yang ada dalam peti ais ituuhh"balasnya.

gua yang agak kurang berpuas hati bangun dan menuju ke arah peti ais rumah gua yang terletak di bahagian selatan dapur gua.

5minit gua mensearching dalam peti ais.sampai ke tempat frozen pun gua check.belakang peti ais pun gua try2 usha kot2 adik gua sorok ke.tapi tetap tak ada.

lalu gua menjerit.

"mak! mana kicap cap kipas udang abang ni?".

tiba2,ayah gua bangun dan duduk disamping meja makan untuk menyantap lalu berkata dengan tiada perasaan kasih sayang terhadap gua.

"ekonomi teruk.ayah nak simpan duit.kicap kipas udang sekarang dah mahal.kau jangan nak demand sangat.makan je dengan kicap tesco tu.tak nak sudah.aku tak susah pun"katanya.

ternganganga gua dibuatnya.

"tapi ayah..abang membesar dengan kicap tu.hidup dan mati abang hanya pada kicap tu.darah kami dah bersatu padu.tanpa dia,siapalah abang."kata ku spontan sambil membuat muka anak wayang.

tiba2 mak menyampuk"sudahlah tu,makan je apa ada.nak hidup senang kau kahwin dengan anak orang kaya".

hilang selera gua tahu.

***

selesai makan.gua panggil adik2 gua.gua buat mesyuarat tergempar.

"melalui hari ini,semua orang kene derma 20sen satu hari.letak dalam tabung ni.duit ni kita buat beli kicap kipas udang tau"kataku dengan tegas.

"baik abang!"balas mereka setuju dengan aku.

7 comments:

Anonymous said...

bgos..bgos..kicap tu sedap..hehe..

Doriyuckey said...

hahahaha.
padu gile semate2 Kicap tu.

Ps: dlm peti ais aku ada 2 botol
XD

hilman.fikry said...

haha.jgn berlagak sgt.kang semut dtg ambik baru tahu. =p

Anonymous said...

Tesco tu syarikat luar negara yang telah mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit. Apa salahnya kita berikan sokongan kepada syarikat Bumiputera tempatan.

Anonymous said...

kicap JALEN murah.. rasa pun sama jer dgn kipas udang..

Anonymous said...

Salam,
Tak nak try kicap terbaru ke?
Kicap ENAQ.... Kicap keluaran bumiputra yang terjamin halal. try tgk kat website nie. InsyaALLAH kamu semua pasti akan menyukainya....
www.enaq.com.my

PCL said...

tersenyum sorang2 bila baca ttg ni...memang anak2 membesar dgn kicap....xnk makan kalau xde kicap tu...