Pemangsa Pembaris Pemadam Pensel Pen

zaman arkitek gua telah bermula. gua semakin langsi ketika bermain2 dengan pemadam, pensel dan juga pembaris. kepala gua ditusuk dengan skill2 hebat seperti menggaris bukan mengguris, melakar bukan mencakar, menitik bukan menilik. gua sudah memiliki senapang kayu panjang untuk dibawa berjalan2. gua ada pembaris besi yang dapat gua gunakan untuk mencantas sesiapa yang cuba menyamun lukisan2 mahal gua. dan paling penting gua dah ada artblock sendiri!

gua bukan lagi budak selekeh seperti dulu. memang fizik spm gua kantoi lalu membuatkan awek2 memandang gua dengan sinisnya. tetapi bukan lagi sekarang. gua dah ada meja arkitek sendiri tahu. malam2 gua lepak studio gua buat kerja. kau orang ingat senang ke nak ada studio sendiri. gua bangga dengan masa depan yang gua akan lakarkan ini.

gua tak pandai berlagak. tapi gua tahu suatu hari nanti gua lebih hebat dari eric leong tu mahupun eric cantona ke. kalau ada golongan korang cousin ke adik sedara eric leong tu.
pesan kat dia gua kirim salam maut. setakat ambik barang kat kedai, curi langsir kat kilang kemudian hias rumah orang masa gua menyusu dengan ibu gua dulu pun gua boleh buat.

apa2 pun kalau kau orang nak tahu hidup gua memang kurang stabil. telinga gua kadang2 mentransmisikan bunyian yang salah. hidung gua pun kadang2 mengalami konspirasi dan cuba untuk melahirkan masalah dalam hari2 cemerlang gua. mata gua pula terguling bengkak setelah sekian lama dikerah tenaga bekerja overtime.

dunia gua rasa sasau. kadang2 lecturer gua jadi mangsa imaginasi permainan kotor minda gua. bukan gua yang nak. tapi semua berlaku dalam keadaan automatik dan tak dapat dikawal. elok2 madam gua tengah ajar kat depan, gua boleh pulak terbayang dia jadi pamela anderson. hari tu pun gua tengah sembahyang jumaat, tiba2 gua rasa ada angsa berjalan depan gua. risau dengan keadaan semakin runcing. gua mencari lubang2 ketenangan.

duit tak payah cakap. mengalir macam air terjun zombie kampung pisang. pen sebatang pun rm8. gua buat lukis bulatan serta silinder je pun. membuatkan gua rasa sekarang masa untuk gua mula berjimat. setiap saat gua bersama pen dan pembaris gua itupun lebih penting dari bini gua. bini gua kadang2 tertinggal jauh. tapi gua tahu dia seorang yang memahami dengan cara gua mengelola keluarga kami yang bahagia ini.

serba sedikit pengenalan dalam hari gua menjadi seorang arkitek. biarpun gua masih tak ada ijazah. tapi gua tahu jauh dalam hati gua ini, hidup gua memang dengan pembaris dan pensel 2B faber castello. dan jika tuhan tidak memurahkan rezeki gua dan gua tidak dapat menjadi seorang arkitek. gua tetap akan lepak di rumah yang gua bina sendiri dan biarkan bini2 gua keluar kerja cari makan.setel. =D

5 comments:

fina. said...

jelesnye.

beLLa said...

u dah kawen ea?
tatawpn.
sbo jela ye.
dugaan idop je 2.
;pp

.nana. said...

mari luang mse sme2 dlm studio stiap mgu :DDD

'Aisyah Mahmood said...

anda hebat! ;)

hilman.teddy said...

fina-jgn r camtu.rezeki tuhan tau. =D

bella-haha.i kawen lari. wee.

nana-haha.bawak keropok byk2!!

ecah-mana ada.awak lagi hebat kan. =D