Sakit Kaki yang Turun ke Hati.

tangan gua rasa sakit. otak gua macam dah senget2. mata gua tertutup rapat. gua kerah tenaga zahir dan batin gua sepenuhnya untuk buka mata gua ini. gua lemah melihat hitam. gua dengar suara orang ramai yang keliling gua. walaupun gua lemah, tetapi telinga gua masih mampu menangkap kata2 yang dikeluarkan mereka. seorang pak cik umur dalam lingkungan 40-an mungkin menjerit minta pertolongan. yang aku dengar "ambik no plate teksi tu cepat!".

aku yang separuh bingung cuba memahami dunia aku sekarang.kemudian baru aku teringat beberapa saat yang lalu aku dirempuh sebuah teksi.cilaka! musnahlah masa depan aku. tangan aku masih dapat bergerak. tetapi kaki kananku terasa pedih dan tidak lagi berjaya untuk diguna. lantas aku memikirkan masa depan. apa dosa aku dihukum sebegini. kaki ini selalu juga ke masjid. pak cik tadi tiba2 tanya aku. "adik ok tak ni?". nak aje aku penumbuk. punya berdarah camni lagi mahu tanya.

tiba2 aku rasa seperti dihempap perempuan gemok. aku tak mampu bernafas. jantung aku berdenyut dengan tangkas. otak aku seperti otak kura2. lembap tetapi bijak. padam lalu gelap.

aku tersedar.seorang jururawat ada di sebelah aku. comel. sungguh memikat hati. suara yang lembut juga menggangu nafsuku. tiba2 dia pegang tangan aku. kemudian berkata "adik kene langgar lari.adik sekarang dekat ppum.keluarga adik dalam perjalanan ke sini.adik jangan risau tau. kalau ada masalah, lapar ke, sakit tengkuk ke, panggil je akak.nama akak melor.tau2.".

seronok! biarpun bengang aku pada pemandu teksi cilaka tu belum terpadam. tetapi jururawat ini berjaya menurunkan suhu tetapi menaikkan peluh2 manja aku. aku mula memikirkan pelabagai situasi serta posisi yang bukan2. aku cuba untuk memanggil kak melor. cantik! gaya jalan yang menawan. struktur badan menarik. tiba2 akak melor tepuk kepala aku kuat2.
ditolak2nya badan aku kiri ke kanan. aku bingung seribu bahasa. marah pun ada juga.

tiba2! aku terdengar suara lelaki. aku cam suara ni. aku kenal sangat. suara budak bilik aku! syairazi namanya. nama manjanya tomok. dia bising. "woi bangun la! dah 10.30 ni.kelas pukul 10.kau tak nak hantar projek ke?"tomok memekak di sebelah aku. lain macam je ni.


*** *** ***

tut!!!!!! mimpi rupanya! terlepas akak melor gua. baru nak manja2 sikit. kacau betul tomok ni!

3 comments:

intan.maisarah said...

melor name kucing aku..hahahha

hilman.fikry said...

haha.kirim salam kat melor tau. =D

cik beLLanan said...

ingt reaL ar cte td..
haish~