bahasa melayu dijunjung, inggeris dikendong.

kerajaan kembali memutuskan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa melayu.satu keputusan yang agak menjengkelkan bagi gua.seperti meludah kemudian jilat kembali. pendirian yang tidak pernah teguh.hanya gagah pada kata2.tidak semegah kelakuan.

dato,

saya bukan apa dato'.kesian kat budak2 ni.jadi tikus makmal dato2.saya tak pasti dato ada anak2 disekolah ataupun tidak.mungkin anak2 dato belajar matematik dan sains di luar negara kerana dato kan banyak duit.keputusan dato2 seolah memporkotak-katikkan masa depan mereka.masa depan kami.masa depan saya.kerana saya juga pernah bersekolah.

apa silapnya pada bahasa inggeris? anda sudahpun melangkah satu langkah kehadapan. mengapa berpatah kembali? adakah semata2 untuk meraih undi? dato, saya tak nampak sebarang masalah belajar sains dalam bahasa inggeris. ketika darjah 3, saya hanya tahu cakap 'i love you, you love me'.berasal dari keluarga yang berkhabar bahasa melayu di rumah juga tidak membawa sebarang masalah kepada saya untuk belajar matapelajaran ini dalam bahasa inggeris suatu ketika dahulu.

kenapa? khuatir dengan pencapaian melayu2 di kampung? dato2.manusia semakin membiak.semakin ramai golongan bijak pandai dilahirkan. kekuatan ada pada diri masing2. kalau dato ubah 2 matapelajaran ini dalam bahasa melayu pun,tetapi pelajar2 tetap panjat pagar sekolah pada waktu rehat, dimanakah rasionalnya? mana dato? si harimau jantan dilepaskan, semut hitam yang dipasang perangkap.

mengambil contoh negara india.kanak2 seawal 5 tahun berkomunikasi dalam bahasa inggeris supaya mereka dapat berhubung dengan pelancong2 dan cemerlang dalam menjual barang2ngan mereka.tidak ada masalah juga bagi malaysia yang 8 tahun dihadapan dari india jika benar2 dapat dilentur dari rebungnya.

berbeza dengan jepun,salah satu negara yang masih memartabatkan bahasa ibunda mereka.maka tidak ramai yang lancar bertitah inggeris.saya setuju mereka negara yang moden dan maju.tapi apakah saya pada mereka? bagaimana hendak saya mengurat gadis2 comel mereka jika mereka tidak faham bahasa inggeris? bagaimana saya hendak pesan double-cheese burger di McD? jijik. langsung tidak global.dato mahu jadi jijik ke?

saya bukan meletakkan bahasa melayu di kaki mahupun punggung saya.jujur bahasa hang tuah ini dijunjung setinggi2nya oleh saya.cuma saya tidak nampak langsung masalah untuk menggunakan bahasa inggeris lantas membuka minda kanak2 malaysia untuk menjadi lebih kacak dan elegan.siapa tahu? pengganti daniel radclife si harry potter selepas ini berasal dari parit buntar,perak, MALAYSIA.

apa2pun dato.ini hanya lah pendapat satu sen dari saya.jika dato tak setuju pun tak apa.saya tak kisah.dato bukan kisah pun pasal rakyat2 dato ni.apa pun saya nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.semoga dato2 semua puasa penuh.mintak maaf zahir je, batin tak mahu.

2 comments:

atiey said...

x bole menyalahkan 100% kepada kerajaan, kene gak engat, sape yg memperjuangkan bnde tu,,byk org meminta2, kerajaan hanya mahu beri yg terbaik kpd rakyat, kalo x ikot, kate kerajaan diktator,,aku suke ppsmi, aku sokong 110% tapi nak buat mcm ne, dah ditolak oleh orang2 yg berpangakt tinggi dari aku, aku ni sape la kan,,tu je aku nak ckp, kite x le salahkan kerajaan je,,sorry butt in cni :)

hilman.fikry said...

haha.itu yang aku tujukan.buka pemikiran masing2.lihat apa yg mereka juangkan. tindakan semata2 untuk meraih undi lalu menggadaikan masa depan kanak2 kecil.adik2 gua jadi mangsa.

kalau kita dah tahu itu kerja org pgkt tggi dari kita, apa kita perlu buat? duduk syp, mengalah? maka tggikan kembali suara kita. bukan hndk menentang kerajaan, cuma tindakan meraka terlampau keanak2kan.seolah2 tdk mmpu berfikir.

tq.