darjat merdeka.

seperti itu aku berdiri.
melintas api aku masih setia.

seperti itu aku sendiri.
meraung menentang sang musang yang dinanti.

indah.sayu.

darah bukan sebakul.
bahkan segunung.
maka terus seperti itu aku berdiri.

ada yang suruh dibuka mata.
ada yang disuruh pejam.
bayang-bayang masih belum pulang.

durjana.celaka.

anjing itu datang singgah.
dibawanya bersama senapang gajah.
si pakcik setia bersama keris patah.
dalam kegelepan hang tuah.

hahaha.

mereka gelak besar.
dulu ; kerana impian menjadi kenyataan.
sekarang ; kerana bertahun sudah terlaksana.

perlu ke aku terbang ke awan?
kenapa terbang?
sedangkan merangkak dulu belum terasa.
tak kira masa.

payung kuning.payung merah.

waris di-raja.mesti melayu.
kenapa bukan cina bertanya uncle tan.
bumi dijunjung langit dipijak.
pandainya manusia.

menerima.memberi.

sang mentari atau sang perdana menteri?
mari semua.turut serta.
di dalam atau di luar negeri.
liriknya tetap sama.

mereka meraung berjumpa dengannya.
katanya tanpa bahasa lenyaplah sekian bangsa.
hey! lihat sendiri.
sang kancil bijak bestari.
belum cuba sudah lari!
dah cuba memaki-maki!

MALAYSIA?

siapa aku?
siapa kau?
siapa dia?
siapa siapa?

gelisah.berlari.
tanpa henti.
jari menari.
lidah sendiri.

jilat la tanah.
kalau berani!

sekejap.

lima puloh dua tahun.
apa? merdeka?
apa merdeka?
lima puloh dua jawapan.
lima ratus dua puloh soalan.

dia kata merdeka burung.
bebas terbang terjah wajah biru.
aku kata burung jijik.
merata-rata buang tahi.

dia kata merdeka si belon.
ditiup angin maka terbang terajang awan tinggi.
aku kata belon esok kecut.
kekal macam pengecut tali barut.

dia kata merdeka macam babi.
sekian lama hidup tanpa nasi.
dia kata merdeka macam syurga.
belakang dataran merdeka telan air neraka.

siapa dia?
siapa aku?
siapa siapa?

statik.tanpa statistik.

patung itu menangis.
air mata merah.
pak cik itu sadis.
anak muda dara berdarah.

haha.

merdeka?
launglah 7 kali.
seperti mantan perdana menteri.
junjunglah bendera.
jika hati belum merana.
selagi bernafas.
selagi melihat.
selagi mendengar.
selagi kau berfikir diluar tempurung.

anak muda.
3 hari.
satu hari tidur berterusan.
dua hari tidur bergantian.
tiga hari tidur dan berjuang selama-lamanya.
bangkitlah sayang.
sawo matang ke, putih ke legam ke.
pegang tangan.tidur sekatil.

merdeka.

6 comments:

Asmidar Azizan said...

nice one kanda !

Anonymous said...

babi ayat!!gempak sial..kimak..ajar aku!!

hilman.fikry said...

haha. terima kasih semua. =D

.panda.boncet. said...

wah3. leh hantar dekat majalah bagi dapat kerusi ogawa free
=p

afif said...

hebat.

hilman.fikry said...

hahaha. boleh jugak tu. pastu kerusi bg kat cik panda lah ek? haha.

thnx afif.