Sudah Waktunya Indonesia Tegas terhadap Malaysia

"Apa lagi, Malaysia terus melakukan hal itu berulang-ulang, tanpa rasa bersalah dan tanpa perasaan harga diri," tandasnya kepada ANTARA. Ia mengatakan itu, menyusul pencantuman sosok gadis sedang membawakan ’tari pendet’ dari Bali di salah satu iklan pariwisata Malaysia yang disiarkan melalui tayangan televisi.


lagi isu yang mampu menyemarakkan api bara yang sudah kian membara antara malaysia dan indonesia. isu2 kecil yang dibangkitkan untuk menaikkan kemarahan supaya penduduk indonesia dan malaysia bergaduh. isu yang menjengkelkan kesemuanya.

yang disana marah mereka digelar indon. bengang amah2 mereka didera. lagi2 si raja kelate tu buat hal pulak dengan isteri muda baginda yang comel tu. disamakan kita dengan amerika semata-mata kerana rupa bentuk serta warna bendera malaysia seakan2 sama dengan amerika.
macam2 dituding mereka. isu malaysia tak punya presiden juga dibangkitkan kerana boleh jadi penyebab malaysia hidup dalam keadaan mundur.

yang disini pulak behrang dengan kelambakan warga indonesia yang semakin banyak di malaysia. menganggap mereka seperti suatu bangsa baru dan boleh membawa kehancuran kepada negar kerana jenayah2 kecil dan besar yang meraka lakukan seperti meragut, merompak mahupun membunuh. disini juga bengang kerana orang2 disana membawa lari gadis2 sunti kita yang tewas dengan pujukan rayu orang disana.

yang terbaru, disana marah kerana sangkakan kita meniru adat budaya mereka. seperti yang anda dapat baca diatas malaysia dikatakan mengaplikasikan budaya mereka dalam kehidupan harian kita. situasi ini memang tidak dapat ditangkap. bagi gua, ia hanyalah propaganda semata2. bagi gua, sebagai orang timur kita datang dari sumber cahaya yang suma cuma dipisahkan pada 2 lubang yang berbeza. menjadi kebiasaan untuk mempunyai sedikit persamaan.

sama seperti negara2 lain seperti filipina dan nepal. situasi mereka sama dengan situasi yang kita hadapai sekarang.filipina sebagai sebuah negara yang pernah dijajah amerika, tentunya terikut dengan budaya barat. mereka salah satu negara asia yang bagi gua tidak mempunyai kostum tradisional kerana biasa hidup dengan gaya barat.seperti nepal, kerana kedudukan geografi dan terletak berselebahan negara india maka mereka mempunyai sedikit persamaan dalam isu kebudayaan.

gua bukan nak cakap apa. macam gua cakap tadi, kita semua datang dari cahaya yang sama. isu ini semakin besar kerana pelesit2 sial yang mencipta propaganda2 gila.cuba jadi orang bertamadun, belajar terima kesalahan, dengar kata orang lain supaya orang dengar kata2 kita, jangan hidup nak merusuh, memberontak macam si harimau zoo taiping.

sudah tiba masanya sesuatu perlu dilakukan supaya kita tidak terus dalam keadaan begini.apa yang gua mintak, tolong jangan politikkan persahabatan. tolong janga politikkan budaya. persahabatan yang gua bina dengan orang seberang gua tak nak berakhir sebab perangai cilanat lu orang gila. banyak usaha yang gua dah nampak. tour band indonesia yang memupuk perpaduan antara negara mereka dan malaysia adalah satu usaha terbaik untuk orang2 muda.

kalau lu orang cakap gua pandai complain je, tak ada usaha untuk membantu. gua rilek je. hujung tahun ni, kita gerak bandung dengan jakarta. kita sambut new year dengan budak2 sana? ada telur? kalau ada bagitau gua. lu orang dipersilaukan untuk join.

2 comments:

Anonymous said...

yep2
memang betul pun tu propaganda je sebenarnya. gara-gara tak mahu mengaku kita serumpun. gara-gara mahu rasa superior dari pihak lain. cest

Pothocsexy said...

btol ape yg diterangkan kat sini.
orang kata itu ini.