tolong jahit mulut gua.

terus terang, gua tak layak nak mengulas tentang kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini. dalam keadaan hidup gua yang masih jahil, gua amat segan untuk bercerita tentang kehebatan bulan ramadhan. namun, gua gagahkan untuk terus menaip kerana gua tak gentar dengan kejahilan gua.kalau lu orang segan dengan kisah lampau, lu orang tak payah jadi manusia. senang cerita,lu orang boleh jadi kura-kura.

jujur, hidup gua masih jauh lagi dengan tuhan. gua pernah dengar orang cakap, "kalau kita ingat Allah, maka Allah ingat kita". Secara reversinya, kalau kita lupa padaNya maka Dia juga melupakan kita.gua masih takut untuk meneruskan tulisan ini. tapi, gua manusia. lu orang cakap iman lu orang nipis macam kulit bawang. iman gua 1000 kali nipis dari kulit bawang.

tanggungjawab gua masih ada sebagai khalifah untuk menyebarkan kebaikan kepada seluruh manusia.kebaikan untuk semua.termasuk diri gua yang jahil ini.tak perlu gua terangkan kesalahan2 hidup gua.lu orang cuma perlu pejam mata.ingat kesalahan2 lu orang. lu pun ada tangan macam gua.kaki pun ada macam gua.mata pun ada macam gua.kita sama.

gua tahu, kalau kawan2 gua baca ni. mesti diorang ambik pisau toreh leher gua.sebab memang gua tak layak langsung cakap pasal bab agama.tapi lu orang pun kene ingat, dunia sedang senyum menunggu tarikh akhir dia bekerja.kalau dunia ada mulut pasti dia sudah bertitah supaya manusia berhenti menyakitinya.berhenti mencalarkan kulitnya.berhenti menarik2 rambutnya.berhenti pijak memijak maruah kental dirinya.berhenti menarik nyawanya.

perlu ke gua ulang kejahatan manusia di bumi? gaduh. cina melayu india. masing2 mengejar takhta. perdana menteri guru besar jurutera. sibuk menyuap sana sini mencari tender. dara teruna janda. sibuk mengejar nikmat berahi. remaja dewasa tua. sibuk melangkah kegelapan.
gua? pun sama je dengan mereka.manusia.semua sama.

tapi air mata gua tak pernah lekang. air mata gua menitis menyembah bumi menentang hari-hari semalam.sekurang-kurangnya gua ingat, tempat sebenar gua dekat kubur. seorang diri.mungkin sang tedung menemani. si kala jengking menari-nari. tanah himpit gua kiri kanan atas bawah. sang malaikat gagah bermain cota. dan jikalau saat itu gua menjerit mintak pertolongan.lu orang boleh buat apa? lu orang ada nyawa lebih ke nak sedekah kat gua?

gua tak cari publisiti murahan.gua tak cari belas kasihan.gua cakap untuk diri gua dan untuk lu orang semua.sekali lagi gua cakap, gua memang tak layak nak mengulas isu2 sebegini. tapi gua beranikan diri supaya gua menjadi manusia kelak. gua bukan hang tuah. gua tak punya taming sari. gua bukan hang jebat gagah melompat-lompat. gua bukan mahatma gandhi bijak tutur bicara.tapi gua bukan orang gila.

sekarang, ramai-ramai tadah tangan. lu orang bertutur lah dengan nya. lu orang pejam mata. lu orang rasa Dia dekat atau jauh dengan kita. gua malas cakap banyak. cakap banyak pun tak guna. yang penting, selamat menikmati nikmat kurma. selamat berjaya romeo-romeo dan juliet-juliet sekalian.

5 comments:

Anonymous said...

smngat teady..woi,aku ingat ko tulis malaikat sibuk bermain dota..upenye cota..haha

syazana shahar said...

:)
saya suka!

syez sendiri pon tak layak tulis jgk.
tp dah berape byk dah post bnde lebih kurang camni.

kubur tengah panggil.
manusia menari2 lagi.
bila mau sedar?!

saya pon manusia jgk.
kita sama.

Mel said...

manusia itu alpa,
sekali mata kau terbuka,
carilah matlamat kau,
kerna kau itu mulia..

hilman.fikry said...

jen-gila ko malaikat main dota.

syez-kita sama syez.tiada yg beza.huhu.

muz-taruh taruh taruh..=D

Amy Wong said...

kite serupa..

hanya Tuhan sje boleh menilai.

kite tidak layak..