10 perkara mahu menjadi Blogger Malaysia yang Awesome.

1. Dengan kewujudan pelbagai enjin2 blog seperti blogspot, wordpress dan sebagainya telah menambahkan berahi manusia untuk mempunyai serta menulis blog. Dalam erti kata lain, bilangan blogger semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, yang pertama. Jadikan anda berbeza dari mereka. Cari kelemahan mereka, dan jadikan ia kelebihan kepada anda.

2. Tetapkan cara tulisan anda. Elakkan terpengaruh dengan gaya penulisan blogger lain. Ianya seolah2 menunjukkan anda seorang yang lemah. Senang cerita, anda seorang yang loser. Hidupkan gaya sendiri, ayat2 sendiri, format2 sendiri. Ya, meniru itu membaiki kehidupan. Tetapi, menjadi golongan yang ditiru lebih awesome dari hidup dalam golongan yang meniru.

3. Jiwa kena kental. Jangan cepat mengalah. Jangan sesekali takut jika tiada pembaca untuk membaca tulisan anda. Bilangan pembaca tidak penting. Tetapi penyampaian mesej atau cerita yang anda ingin terjahkan itu lebih penting. Teruskan menulis setiap waktu. Seorang blogger yang awesome tidak memerlukan pembaca, diri dia sendiri akan puas jika dapat membaca tulisan2 dia sendiri.

4. Lihat. Observe. Peka. Berfikir. Ini penting dalam menentukan isi2 tulisan anda. Seorang blogger harus sentiasa bersama Internet, suratkhabar tabloid, majalah orang muda, televisyen,
serta tulisan2 orang lain. Dari sini, kemunculan sejambak ilham dapat meningkatkan tahap keawesomeman anda.

5. Sebatang pen. Sebuah nota kecil. Sebiji kamera digital. Sebutir otak yang cergas. Kemana anda pergi, dimana anda berada, item2 ini harus dekat dengan anda. Blogger awesome sentiasa bersedia dan tidak melepaskan sebarang isu serta cerita. Oleh itu, mereka memerlukan pemangkin untuk membantu memperkasakan tulisan mereka.

6. Banyak kan membaca. Menghafal kamus memberi anda kelebihan untuk lebih dipandang awesome dari blogger2 yang lain. Ayat penting dalam tulisan anda. Biarpun anda memilih untuk menulis cara bebas, anda perlu tahu bagaimana cara untuk berkuak dada, kuak rama2, cara lentang belakang beroperasi. Jadi. ayat yang awesome menjadikan anda sentiasa awesome dimata orang ramai.

7. Sentiasa bersikap kreatif dan inovatif. Kreatif mencari bahan2 serta isu2. Lalu berinovatif dalam mengolah bahan2. Elakkan mencipta terma sendiri. Anda kelihatan bodoh lebih2 lagi jika anda menulis dalam bahasa Inggeris. Contohnya perkataan 'awesomerism'. Penggunaan perkataan2 yang dicipta sendiri seperti ini menunjukkan kelemahan ketajaman penggunaan ruang perkataan anda.

8. Belajar menerima kesalahan. Sentiasa bersedia menerima teguran orang lain. Jangan terlalu memberontak dan ingin menang. Dalam masa yang sama, anda perlu belajar mencari kesalahan orang. Kehebatan anda membangkang hujah serta tulisan orang lain yang ditemani hujah anda yang gagah, membuatkan anda tidak asing lagi di mata orang lain. Anda memang seorang yang awesome.

9. Tenang tetapi garang. Ini penting. Lebih2 lagi jika melayan pembaca2 gadis. Anda perlu sikap gentle tetapi dalam masa yang sama anda perlu garang dalam penulisan anda. Kehebatan anda ini semestinya menurajakan nafsu berahi mereka dan mereka sentiasa ingin berada dekat dengan anda. Ramai gadis? Sudah tentunya anda seorang awesome.

10. Ikhlas. Macam mana pun jauh anda dalam bidang ini. Macam mana pun hebat anda dalam bidang ini. Macam mana ramai pun pembaca blog anda. Macam mana kental pun pemikiran anda. Tetapi tidak ada perangai ikhlas dalam blog anda. Anda bukan seorang blogger Malaysia yang awesome.

Selamat mencuba! Kalau dah awesome jangan lupa kat gua yang awesome ni! =D

6 comments:

jen said...

yeah!!aku pasti jd blogger yg awesome..sbb aku org petame bace..kah3

Anonymous said...

tips yg awesome! teruskan 'menulis' :)

Doriyuckey said...

AWESOME :D

cik beLLanan said...

anda mmg AWESOME!
;)

hilman.fikry said...

thanks. u guys pun AWESOME jugak kan. =D

ramlee said...

awesome!