injured

kami menjadi buntu. gol lawan amat susah dirobek. perlawanan menjadi semakin sendat. kami diserang bertalu2. gua cuba atur kembali permainan. gua tahu, team gua mesti menang futsal ini malam. biarpun jam menunjukkan 3 pagi, kaki2 kami masih ligat menari. mencari ruang menjaring kan gol. perlawanan malam ini antara pasukan kepatang fc dan sang kura2 fc. dan pasti gua geng si kura2.

7minit berlalu tanpa sebarang gol.

pasukan sang kura2 memperkasakan jentera serangan. pass cantik dari hujung kanan diterjah oleh striker sang kura2 fc. lalu dirembat terus ke gawang gol. lalu terkena tiang atas kemudian melantun ke bawah terus ke jaring belakang menandakan gol pertama berjaya dikemutkan oleh pasukan gua. hero malam itu. penyerang itu berlari2 anak mendapatkan ahli pasukan beliau untuk berpeluk2 seolah2 meraikan gol pertama. kelihatan muka ayam berak kapur di muka penjaga gol pihak lawan iaitu Nik ( bukan nama sebenar ). dan untuk pengetahuan lu orang, striker gagah itu adalah... gua la. sapa lagi.

permainan diteruskan.

sebagai seorang tulang belakang pasukan gua, gua tahu gua harus tangkas untuk mencari gol seterusnya. malam ni gua pakai taktik cina. gua tahu mereka tak biasa dengan cara permainan gua hari ini. taktik cina jarang digunakan oleh pemain2 epl mahupun liga itali divisyen 4. kerana taktik cina selaludapat dilihat di padang2 permainan mahupun di jalan2 tar. taktik cina ialah taktik hanya menunggu bola tanpa sebarang larian kemudian shoot terus ke gawang gol.

tiba2.

ruang dibuka syak. gua nampak lagi sinar untuk gua hatrik malam ini. gua terus lari pantas2 membuka ruang. gua cuba nak mintak bola. dan ketika itu gua paling ke depan kelihatan seorang lembaga berkasut Naiki bernama Acap ( bukan nama sebenar ). Gua terpijak kasut Naiki beliau. lalu gua tersadung tedung. gua menyembah bumi. mata gua hitam. gua nampak signboard Heaven - 40km dihadapan.

pundek.

sakit kaki gua. mereka kerumun gua. kaki gua berkemut2. kelihatan keputihan melanda pergelangan kaki gua. ni gua tak suka ni. gua benci kalau gua injured2. gua sayang permainan malam ini. tapi sayang gua diangkat keluar. gua duduk luar. dapat usha je. gua risau. jentera serangan kurang berbisa.tapi gua silap, pasukan gua tetap unggul menang 10-6 walaupun tanpa penangan kaki berdarah sungai buloh gua ni.

kami meraikan kemenangan bersama. gua dengar dorang nak rematch. tapi sayang gua tak dapat beraksi. aduh. kaki sakit. camne gua nak pergi kelas esok. ni tak boleh puasa ni.

7 comments:

IkanMasin90(IM90) said...

kaki jek
gedik tamau puasa.
hahaha

Amy Wong said...

puasa lah man..bgi full tahun nie..;D

Unknown said...

oit, org sg buloh!

hilman.fikry said...

haha. niat memang nak puasa penuh. tapi seleseme tdk mengizinkan segalanye.

oit. org mane ni? sg buloh jgk ke..

.nana. said...

ehh, awk bkn satu team ngn nik? ehhehehe ;p
urut2 la sket kaki tuu.. nnt ok pye. jgn mngade xpose!

Unknown said...

x la...
selalu lalu sana jer...
dok damansara...

hilman.fikry said...

nana- nana r urutkan. cpt sket elok. huahaha.

ayie-yeke.gua pun dmnsara jgk sbnrnye. kampung je kat sg buloh.