bola masih bulat.

Fulham-Liverpool 

Kusangkakan hujan berterusan. rupa2nya kemarau kekal mengundang. riuh sekampung mereka dapat mengalahkan Man Utd hari itu. kalau boleh sampai mahu khabarkan makhluk2 di planet pluto. dan untuk hari ini. semua senyap. pergi menonton konsert all american reject mungkin. tutup segala lampu pelita di kampung. tiada khabaran. kekalahan 3-1 dengan FULHAM. gua ulang. Fulham.

perjalanan mereka terkandas lagi. pasukan pujaan ramai ini tersembam lagi. encik rafa masih dengan perangai bontotnya. apa ada pada torres tanpa kepak kiri dan kanan yang cerdas? apa mampu dia terbang secantik yang diimpikan? gua tak pasti dia dah nampak kesalahan dia belum. ya, mungkin pasukan perlu direhatkan untuk bertandang menentang Lyon kelak. berbaloi kah? meniti kekalahan demi kekalahan. tapi tak mengapa, kita tunggu perlawanan ini.

dan masih, jika gagal membawa pasukan dia ke landasan yang benar. gua syorkan pengetua sekolah menengah simpang renggam boleh cuba mohon rafa uruskan pasukan bawah-18 lu itu.

p/s-dan masih.jika ada yang beralasan, janji menang dengan Man Utd. gua diam. tapi gua ada permintaan. sila lawati www.soccernet.com. dan lihat kedudukan pasukan anda berbanding Man Utd.


Man Utd-Blackburn.

memang hati gua dah cakap si berbatov tu mesti sumbat satu punya. sebab last game dia bermain pada tahap yang mengecewakan. gol kegemaran beliau berjaya dihasilkan dengan cantiknya. gua harap dia terus menyinar.

dan untuk itu, apa yang penting ialah 3 mata. bukan 0 ya tuan2 dan puan sekalian. maksud saya berderet 0 ya adik2 akak2 kawan2 sekalian. dan untuk itu tekanan akan terus diberikan pada pasukan the blues dan juga arsenal. peringatan perlu diberikan, man utd harus melipat gandakan usaha mereka untuk berjaya.

macam mana pun, permainan teruk ditunjukkan mamat yang ganti nani tu. yang tinggi2 botak2 tu. gua pun malas nak ingat nama dia. gua rasa sakit hati jugak tengok dia main bola. baik david silva ke main. ehem2! mahu jaga aaa. jangan bising2. ferguson, sila ambil nota. mangkuk gabriel tu perlu dimotivasikan mahupun dihantar ke kem biro tatanegara.

Bolton-Chealsea

malas cakap banyak. lu orang duduk je lah kat atas liga tu senyap2. memang permainan yang hebat mereka tunjukkan.

2 comments:

Anonymous said...

teddy
chelsea da kalah ke?

=p

alamak

mongki said...

chelsea di tngga teratas, dan akan lebih selesa selepas menumpaskan man u ahad ni, caya la chelsea :D