Mesin ATM berpuaka.

Gua bukak wallet. MAK AI. Ada seringgit je. Tak mengapa. Gua tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.  Tapi, gua nak telan apa jadah dengan seringgit. Tank gua dah lah macam Skyline GTR. Jauh berbeza dengan tank Kancil L2S Turbo pun.

Tak apa.

"Thop, teman gua pergi ATM jap. Gua nak jolok apa2 ada. Kalau ada hasil gua boleh lanje lu aiskrim seringgit" - kata gua.

Berlalu ke mesin ATM. Ke mesin CIMB. Malang sekali mesin itu cuti sakit. Sakit perut melampau katanya. Jadi terus kami ke mesin Bank Muamalat. Satu2nya harapan terakhir.

Dengan konfiden. Gua bawak keluar kad bank. Gua sentap yang CIMB. Sebab yang Muamalat memang tak da sesen pun. Gua cucuk.

....................kad sedang dibaca.......................

Sebagai jejaka normal berpunggung tampan, gua klik dekat Bahasa Inggeris. Kemudian dengan sedikit kemaskulinan gua penuhkan ruang kosong dengan nombor pin gua.

******

Selesai.

Menu bertukar ke jumlah pengeluaran yang ingin dibuat. Gua sejenak berfikir berapa duit yang ignin gua pakai.
Terpapar disitu.

-Rm 1000
-Rm 900
-Rm 800
-Rm 700
-Rm 600
-Rm 500
-Rm 400
-Rm 300
-Rm 200
-Rm 100
-Rm Lain-Lain.

Setengah jam gua bercuriga. Puas berbincang dengan rakan gua. Gua ambik keputusan untuk pilih butang Rm Lain-Lain. Huhu. Terus gua tekan nombor 1..0...0...0. Menjadi kan jumlahnya Rm 10.00. Selesai.

Terpapar tranksaksi anda tidak berjaya. Gua heran. Kad gua terkeluar. Diikuti dengan sehelai resit. Gua sentap resit dulu. Gia nak baca apa utusan yang bank Muamalat nak bagi gua.

"Setan punya mesin" seru gua dengan bengangnya.

Dan untuk itu juga tiba2 kad bank yang gua tak ambil lagi disedut ke dalam. Gua naik hairan. Gua pandang muka Thop. Thop pandang muka gua. Gua ketuk2 mesin mangkuk tu. Gua jolok2 lubang kad itu. Tapi gua rasa macam diperbodohkan.

Gua hentikan agenda gua. Malas gua nak cari pasal dengan mesin ATM. Gua rasa dia marah gua panggil dia setan kot. Itu pasal dia telan kad gua. Mengidam lagi gua nak santap Chicken Chop malam ini. Setan betul.

***

Apa2 pun. Bapak gua yang hero telah datang semalam sambil menghulur Rm 50. Terima kasih ayah. Gua sayang lu selamanya. Malam itu jugak gua pekena Chicken Chop! Kuah lebih. Auwwh.

6 comments:

miephobia said...

dpt balik x man kad 2?
dye bngg laa 2 lu kutuk dye..
haha..;p

aQ!da said...

mmbe aku ramai gak yg kene..
tp nsb aku baek lagi..

ad mmbe aku kuar duet 1000
tp tbe2 mesin tu hang..
tgk baki tolak
tp duet xkuar..
lg hampeh gile!

hilman.teddy said...

epo-celah mana nak dot pun aku tak tau. dah 7 bomoh 7 nenek kebayan aku jumpa. buat baru je lahh.huhu

aqida-yeke. tu lah pasal. padahal niat baik nk mkn chicken chop je kot. aduhh.

iecka said...

hahaha.uji kesabaran tuu..ade hikmah nyeee.jimat cermat mlm tuu.hehe

f.a.r.a.h said...

hahahahaha!
ey u. w/draw rm10 tuk makan chicken chop ke? haha

btw, nice post! ;p

hilman.teddy said...

iecka-haha. thau tak pe. =D

farah-dah tu.duit dah xde langsung kot.u r xnk lanje..