Plagiat : Tak Perlu Bermegah Dengan Bahasa.

Plagiat. Perbuatan meniru sesuatu. Tidak kira dari mana2 sudut. Dan dalam dunia penulisan, plagiat sering ditujukan pada mana2 perbuatan penulis yang menulis bait2 perkataan yang telah ditulis oleh mana2 penulis. Satu pandangan yang sememangnya kolot. Pemikiran yang serabut seperi mengejar kemegahan yang kosong pada dasarnya.

Dan hati itu, adalah seorang gadis menegur gua kerana dia rasa gua sudah melakukan plagiat. Benar, memang gua plagiat tulisan orang. Contoh yang gua boleh beri, apakah barisan perkataan "Satu Malaysia" ini milik Abang Najib? Ramai yang akan berkata ya. Tapi lihat, kerana pemikiran anda sudah dibasuh supaya menerima segala perkataan itu datang darinya. Dari akarnya, kita sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat ilham perkataan itu. Mungkin dari setiausahanya mahupun idea anak sulungnya. Jadi, apa sahaja yang boleh dimegah dengan bahasa?

Apa yang gua ingin terangkan ialah setiap baris kata2 itu bukan milik sesiapa. Malah, ia bukan milik kamus mahupun milik pengerusi dewan bahasa pustaka. Jadi setiap insan yang punya akal dan fikiran di atas helai muka bumi ini layak untuk menggunakan bahasa tanpa sebarang batasan. Jadi, isu plagiat bukan lah isu sang kancil dalam dunia penulisan. Melainkan dalam suasana peperiksaan. Serta merta plagiat akan menjadi sesuatu yang salah.

Dan gadis itu sempat bertanya apakah perasaan gua jika ada golongan yang mengambil bait2 perkataan gua dan gunakan untuk kegunaan peribadi mereka. Sayang, hanya orang yang mengejar kemegahan akan melatah bila mereka menjadi mangsa plagiat tulisan. Gua pun pelik, ramai je yang memaki hamun jika tulisan mereka ditiru oleh penulis lain. Gua hanya mampu tersenyum. Biarlah mereka meniru. Sekurang2nya idea serta tulisan anda berkembang ke arah lain. Tak perlu memaki hamun mereka, kerana itu hak mereka dalam menggunakan bahasa.

Yang pasti, ada caranya. Lebih indah jika disulami kebenaran dari pihak itu. Dan jika dia berdegil tidak meminta sebarang kebenaran maka, anda perlulah menjadi insan yang paling mulia di sisi bahasa. Biarkan sahaja, bersifat tenang dan pemurah. Kerana apa yang pasti, pembaca2 bijak dalam menilai setiap karya.

Sesi gulung.

Tak perlu anda bermegah dengan bahasa. Tak perlu melenting jika anda di plagiat. Tak perlu serabut jika ada insan yang berplagiat. Shakespeare si pemuisi pujaan dunia juga pernah mengambil perkataan untuk tulisan sajaknya yang datang dari mulut seorang lelaki yang sedang menyanyi di depannya. Dan ini ialah plagiat. Dan ia langsung tidak salah. Buka fikiran sayang. Usah berdiri disitu tidak bergerak dan kelihatan bodoh.

Akhir kata gua ingin berkongsi sesuatu, dan bila gua berahi membaca sesuatu rima yang telah dihasilkan penulis lain, dan gua alirkan rima itu, ia bukanlah plagiat. Itu berlaku kerana gua jatuh cinta pada bahasanya dan gua sedang cuba mengalirkan tulisan itu. Sekian. Mana2 insan yang ingin plagiat artikel ini sila misscall gua. Nanti lu orang kene marah dengan cik puteri. =D

7 comments:

lumut said...

aku suke betul dgn tulisan kau ni..
jgn tnye kenape.

dan jgn paksa aku utk klik butang follower.
ak mmg xkan klik.

tp aku suke bace tulisan ko.
sudah.

Lisa said...

boleh diterima logik akal. huhuhu.

Mel said...

aku dah agak satu hari mesti jadi mcm ni. aku tgk sejak akhir2 ni, blog yang gune "gua-lu" macam blog firdaus ahmad jadik panas, heboh konon meniru 'hilang punca'. padahal small matter, yang bising orang luar, empunya blog tetap senyum. take it easy man.

hilman.fikry said...

lumut-haha.mengapakah begitu? tak mengapa. tak paksa pun klik pada butang itu. tapi, apa2 pun aku nak ucap terima kasih banyak2 la kerana terus bersama tulisan putih.

liz-tak paksa menerima. hanya pendapat keji saya. =D

muz-biarlah mereka.masing2 sedang membina kerjaya masing2. gua rilek je.xdehal. anyway thanks k.

Anonymous said...

teddy sayang aku..tulisannya aku syg..tp aku x syg die...

errr..

main leklok dota tu..(teddy dok main dota sblah aku)noob..suruh thop mainkan..haha

Anonymous said...

ilmu baru nih..
plagiat = meniru..

royal joe budu said...

omputih pggl plagiarism...