kau tipu aku.

hidup ni perlu ke menipu? apa ada pada menipu. maksud gua menipu secara tulus. gua mengaku gua sendiri pun suka menipu. tapi menipu kelentong atas dasar gurauan. tapi buat golongan yang hidup penuh penipuan ini, manakah sinar hidup anda? gua tak salahkan pun si penipu. tapi mengapa? itu persoalannya.

status.

pentingkah status hidup anda? maksud gua perlu ke lu menipu gaji bapak lu kalau nak kawan dengan gua. kalau dah rempit, perlu ke lu mengaku lu arkitek kalau lu nak ngurat tasha pun? yang kau pulak, bilang single. tapi sudah kahwin 2 dah. perlu ke hidup dengan penuh penipuan ini? salahkah dunia?

perasaan.

sila jaga perasaan orang jika perasaan anda mahu dijaga. perasaan itu kala jengking. boleh diusap, boleh menyengat. semalam kata sayang, hari ini kata benci. hari ini kata sayang esok lain orang. ambil nota. tolong jangan mainkan perasaan manusia. siapa anda meneroka derita dalam hati seorang insan.

pendidikan.

meniru dalam peperiksaan. erm. tukar topik. gua tak pandai ulas isu ni.

pentadbiran.

dato2 datin2. apa ada pada rasuah. apa ada pada duit yang masuk ke dalam darah daging anak2 serta cucu2 anda? maka anda boleh berbangga dengan kekayaan serta kemewahan kehidupan anak2 cucu2 anda. tapi sila bersedih diatas kebodohan anda serta kebodohan anak2 cucu2 anda yang penuh kehitaman hati.

media.

sumpah gua benci kau orang. suci sangat kah bercerita peihal dongeng. gua tahu pangkat lu orang semua editor. tapi pangkat bangsat ini lah yang mengajar anda semua mengedit cerita2 orang. membasuh pemikiran orang2 lemah. remaja2 yang masih mentah. orang2 kampung buta huruf. menipu orang2 bandar yang cetek serta tidak kritis? jujur gua benci lu orang.

ibu bapa.

ini pun gua benci. tolonglah jangan tipu anak2 anda ini. sakit tahu.

guru2.

hurm. tepuk dada tanya cermin kereta.

kawan2.

alang2 menikam, tikam depan jangan belakang.

apa2 pun hidup kasi lilek. lu tipu esok2 pecah juga. hidup tanpa menipu maksud gua hidup tanpa rahsia. apa ada pada rahsia? nak bawak pergi kubur? bawaklah. gua peduli apa. sekian. akhir kata, baca boleh percaya jangan. gua pun menipu je ni.

11 comments:

lumut said...

perasaan mcm kala jengking?
wa suke part yg tuh.

Ibu Ammar said...

aku pantang dgn penipu..nak kena penyapu?..

cikNiarun said...

bab perasaan tu, penat la jage hati orang, susah sangat orang nak jage hati kita balik

back to life.hidup memang tak adil kan?

saye.eyda said...

kala jengkig? betol lah tuh..
idop bukan tak adil' tp warna-warni..
tak bes lah kalo idop hepi jek..
kne rs sdey gk' br nt ley cte kat ank cucu..
' idop nenek ley wat novel tahu bla..bla..bla..'

yea jgn cye..ak nipu gk..haha

Lucy S. said...

bnde tuh slalu jadi. tapi kalu tipu2 part prasaan org ni, anti betol.

Anonymous said...

ni ape kes nih?
nape la nk tipu??
sape2 yg ad sifat2 spt diatas
bole trgkn kt aku nape perlu menipu?
hehe.. over plak an..

Anonymous said...

yehh, tang perasaan tu betul.
hari ni ckp syg, sok sayang tu dah campak tergolek kat mane tah,

Unknown said...

best post ni... mau copy paste bole??

nada hanis said...

penipu tertipu. heh. glad to be ur 200th followers.

teddy said...

lumut-gua suke lu. haha.

sarah-ada ke penyapu? bak dtg.haha.

ain-dunia itu sfera. =D

eyda-penipu! pukul dia! pukul!

alynn-cara penyelesaiannya?


aqida-anda mmg over.huhu.

azz-tak boleh nak watpe lah kan.haha

cik pingu-boleh saje. =D

nada-hahaha. thanks nada!

izzy. said...

perasaan memang betul macam kala jengking.
penipu selalunya lupa pada karma. atau tidak percaya. sebab tu hebat mampu terus menipu.
aku pun kadang2 menipu. haha