Kisah Asrama 2-Gua Hero Sejati.

lokasi kejadian masih sama. mrsm pasir salak. tapi kejadian berlaku masa gua form 2. oleh kerana sedikit kenakalan gua ini. gua telah diarahkan untuk terlibat dalam aktiviti pemulihan akhlak. ataupun dalam bahasa lebih sopan, 'Membina Jati Diri'. dalam seminggu gua wajib azan di surau sekolah dalam kesemua lima-lima waktu solat. setiap kali selepas gua azan gua akan lapor diri dekat seorang senior ini. gua pun tak ingat nama dia. tapi gua kena tandatangan di atas sebuah kertas yang ketua warden gua sediakan iaitu ustaz rahman. jangan tanya gua kenapa gua kena hukum camni. cukup kau orang tahu dulu hidup gua jahil.

hari pertama hukuman gua jalankan dengan penuh keikhlasan. subuh gua bangun pergi surau azan. dengan suara tak beberapa merdu ini gua teruskan azan zuhur, asar, maghrib dan isya. hanya tuhan tahu betapa sukar untuk gua melakukan benda yang dipaksa. tetapi masa itu, memang gua dah mula fikir pasal mak bapak gua. jadi gua rasa cukup untuk gua ambil serius tentang kehidupan seharian remaja gua.

masuk hari kedua gua laksanakan semua kecuali zuhur dan isya. zuhur sebab gua sakit perut. gua tak singgah surau. lepas kelas gua terjah jamban di asrama terus. masa isya pulak membe gua hasut belik nasi lemak. jawapannya memang orang lain lah azankan untuk gua. tapi tak apa. gua jumpa senior gua tu. gua setting baik dengan dia.

hari rabu lagi best. langsung haram jadah gua tak azan. gua ingat gua azan maghrib je. yang lain semua ke laut. subuh pun gua dah start malas bangun. hari khamis pun sama. gua tak dapat penuhkan tandatangan. abang tu pesan dia tak dapat tolong. gua cakap tak dehal. nanti gua akan jumpa sendiri ustaz rahman dan perihalkan segala alasan2 gua. maksud gua penipuan2 gua seharian.

hari berlalu hari. gua tetap dengan sifat keras kepala gua dan malas. gua rasa sebab gua ambil ringan benda ini. gua tahu gua sedang dididik untuk menjadi seorang pelajar disiplin. tapi untuk gua, ini bukan caranya. maksud gua, sesuatu itu perlu dilakukan dengan ikhlas supaya segala keberkatan dapat seterangnya. tetapi untuk cara ini, gua dipaksa. bukan gua tak suka. cuma gua akan ambil ini semua remeh temeh kerana gua tahu gua tak akan ikhlas dalam melaksanakannya.

dan terus untuk dijadikan cerita, malam sabtu kami tiada prep. jadi semua pelajar akan berada di surau sehingga isya kemudian bebas untuk melakukan sebarang aktiviti. malam tu gua macam biasa. gua ingat lagi masa tu kami dibahagikan dalam kumpulan dan dibekal sebuah buku yang penuh dengan doa2 pendek serta wirid selepas solat. dan semua pelajar tingkatan gua wajib hafal. dan masa gua tengah hafal, ustaz rahman panggil gua. untuk pengetahuan kau orang beliau memang dikenali sebagai seorang warden yang bengis, garang, muka ketat, penampar kuat, rotan pantas, serta gemar melukakan tangan pelajar dengan menyuruh kita orang mencabut semalu.

diluar koridor surau.

"awak azan tak hari rabu hari tu?" tanya dia tegas.

"erm. tak ustaz. saya sakit perut. lagi pun saya terlambat sebab ramai orang kat tandas." jawab gua.

"ni hari khamis pun awak tinggal subuh ngan maghrib. benda senang camni pun awak tak boleh buat. jumaat lagi lah. langsung tak azan pape" cakap beliau.

paaaannngg. satu penampar jantan hinggap pipi kiri gua. dan oleh sebab langsir perempuan terselak sedikit. mereka boleh usha kejadian yang berlaku. gua dengar suara gedik diorang menjerit keanak2kan. gua berlagak hero. tak kan nak nangis pulak. walaupun gua tak tahu nak cakap kat korang betapa laju dan kuatnya penangan dia.

pannnnggg. kedua singgah belah kanan. gua tahan je. pipi gua dah rasa kebas dah. gua dah mula tak betul. macam2 dalam otak gua. gua bukan apa. gua bengang sebab gua tak azan je tapi gua kene hukum camtu. tapi gua tahu salah gua jugak. tapi tak apa. gua senyap.

"mintak maaf ustaz. saya janji tak buat lagi" gua berkata dengan nada menyerah.

"apa maaf2?" balas ustaz rahman ditemani penampar backhand beliau yang ketiga.

gua tak tipu gua dah naik. gua pening. masa kena penampar ketiga tadi gua macam nampak ada elektrik biru kat mata gua. dan masa gua bukak mata gua nampak ada darah kat lantai. gua pegang bibir gua. memang ada darah mengalir. bibir gua pecah. gua pandang mata ustaz rahman. gua cakap lu orang muka dia cuak tahap cipan. berkerut2. dia panggil junior gua suruh mop darah gua kat lantai.

gua pergi tandas. nak cuci luka. darah gua macam air pancut je keluar. penuh satu singki. kepala gua dah mula sasau. sebab kehilangan banyak darah. membe gua kat sebelah pun terkejut. dia kata luka gua teruk. gua malas nak cuci. sebab memang darah tak berhenti. gua pergi jumpa balik ustaz rahman.

"ustaz, saya nak balik bilik." cakap gua gagap dan tak jelaz macam orang cacat.

"erkk, awak nak pergi klinik tak?" tanya dia cuak.

"tak nak. saya nak balik bilik." balas gua.

"camnilah, awak balik rehat dulu. kalau awak nak pergi klinik awak call saya okei." cakap dia.

gua tak pandang muka dia. gua terus blah. sampai bilik gua baring. memang gua pening. membe gua kata luka dalam. kena pergi klinik. gua malas. masa tu memang gua tak fikir pape. gua cam gila sikit. tapi last2 sebab semua paksa gua pergi klinik, gua on je. membe gua tu tepon ustaz rahman tu. dia kata dia ada kelas tambahan. dia kata suruh ustaz zaini temankan.

pendekkan cerita sampai hospital. doktor tu tanya gua. gua gaduh ke apa sampai jadi camni. gua malas nak burukkan nama sekolah gua. gua cakap gua jatuh tangga. dan untuk pengetahuan kau orang, bibir gua kena jahit dua. macam siput punya sakit masa inject bius kat mulut. tak menjerit lak gua. segan je kat nurse2 comel tu.

***

esok gua call bapak gua. gua cerita semua yang terjadi dengan harapan gua dibela. sebab bapak gua antara orang kuat dalam PIBG ataupun dikenali sebagai MUAFAKAT dalam sekolah gua. tapi dengan relaks bapak  gua cakap ini semua salah gua. dia malas masuk campur. gua dah macam pundek. mulut gua kena jahit kot. dan bapak gua sendiri tak nak tolong. tak apa. gua rider sorang2. konon2 hero. gua malas. gua putuskan tutup kes je.

dan petang tu, family membe baik gua, zaedel datang melawat. dan menjadi kebiasaan parent dia ajak gua makan sepagetti. gua tolak pada mulanya. tapi del paksa gua jugak. dan ketika itulah kantoi gua kene lempang. bapak del gua malas cakap. memang stok otai mari. dia tahu gua kene lempang terus cari ustaz rahman. gua pesan tak payah. tapi dia nak jugak. gua tak tahu apa yang dia setelkan sebab gua tak ikut sekali.

esok, membe gua, zarif. bapak dia pulak tahu. semua secara kebetulan. dia ni lagi lah. askar. dia tarik gua masuk kereta pergi gegar rumah ustaz rahman. saat ni paling macho dalam hidup gua. gua ketuk pintu ustaz rahman. bini dia bukak. bini dia pun ustazah kat sekolah gua. tanpa banyak cakap bapak zarif terus sound.

"ini apa cerita ini? saya nak penjelasan dari ustaz rahman sekarang"cakap beliau garang.

gua dah gentar dah. gua bukan apa. gua tak nak besarkan kes.

"ermm. jemput masuk minum dulu lah. ustaz tak ada. dia keluar ke pekan." balas bini beliau.

"camnilah. saya bagi kad saya. nanti call. kita adjust dengan lawyer saya." cakap bapak zarif selamba.

gua dah terkedu. benda sekarang bapak orang lain yang sibuk pasal gua. bapak gua sendiri pun tak ambik port. gua bukan tak suka. tapi gua faham cara bapak gua. dia bukan jenis suka tolong. dia nak gua berdikari. sebab tu dia biar gua sorang2 terkontang kanting. tapi tak apa. senang cerita. hidup gua terus berubah selepas itu.

tiap2 pagi, ada orang hantar bubur kat gua. petang2 dia datang bagi bijirin serta air kotak dutch lady. ye lah, gua tak leh makan nasi. mulut gua tak boleh bukak. gua dilayan macam raja. gua tak pasti sama ada dia ikhlas mahupun hanya ingin menjaga hati gua. tapi tak apa. asalkan gua tak kebuluran. elok seminggu lepas kejadian.
ada sorang senior datang kat gua.

"wei bonzer, terima kasih lah jadi hero" katanya sambil gelak tawa.

gua dah pelik. asal gua hero pulak. rupanya2 ustaz tu letak jawatan ketua warden dan digantikan dengan orang lain. maknanya, tiada rotan pagi2. tiada cabut semalu. tiada berlari kaki ayam dipadang pijak mengelak semalu. tiada penampar jantan. dan semuanya berlaku sebab gua. sebab 3 penangan terbaik di pipi gua.

gua gelak sorang2. hero gak gua ni. pernah lu orang buat ketua warden letak jawatan? haha. walaupun sebulan market gua jatuh sebab berjalan dengan benang terjuih dibibir.

moral-lu orang fikir sendiri.

10 comments:

{lumut} said...

cool gile bapak lu...
wa suke cara bapak lu.
nak suh lu berdikari.

tapi ayah zarif tuh mmg betul2 serius.
ke sbb die berjawatan lawyer?
bibir lu dah ok ker?

bibir wa pon ade parut tanda wa accidnt dlu.
hero jugak wa kan?

jen - jen punye cite said...

aku penah pukol warden aku mase die tangkap aku fly.

aku ketok kepale die ngan kayu..

terus nagis die do..merayu2 mintak tolong..

aku panggil geng aku,dorg pulak pukl gune mitril hammer(dota)..aku pon puas ati..aku gelak..die pon bgn..

past..pap!!!paha aku kene rotan..ttbe plak tu..aku bukak mate,ade warden depan aku kejut g morning call.

pundek.mimpi.

oh nada said...

ngahahahhaha. hang mmg hero.
ada jugak kes macam ni jadi kat skolah aku.
kerana sorang budak kena bantai teruk dengan k.warden,
k.warden letak jawatan.

Liyana Adib said...

Oh-my-god!

intan.maisarah said...

ustaz raymond garang macm tu sekali ke?
dia ajar aku agama form 4..elok aje sengeh sengeh

azie said...

eh, sbb 2 ke ust. rahman letak jawatan??
cter u nie cam ssh nk caye pun ade...
asal i xtau pun ek dulu tyme skol??
haha...
tp sumpah cool lah...

hilman.teddy said...

lumut-lu mmg hero! kite geng ok.

jen-ko pundek. sengal!

oh nada-yeke. masih ramai jgk lg hero dari aku ni.

li-what?

intan-dye mmg cmtu. ok jeh. tp tu lah. penampar die je tuh.

azie-mmg r. tak kan r dorg nak cite satu sekolah. syan lah ustaz rahman. so benda ni buat senyap2 je. bdk laki tahu lah.

miephobia said...

good..;)

berry said...

mak ai. bapak zarif ihsan ke?

Emon. said...

wow, dasyat gila O..O'