kisah asrama.

5 tahun gua bersekolah asrama. hari2 membina gua sentiasa menjadi orang berbeza pada hari ini. pengalaman yang memang tiada dapat gua kutip di mana2. yang setiap padatnya pasti membawa derita, sengsara tapi pada akhirnya hari ini ia tetap memberi senyuman mahupun hadiahkan gelak ketawa. itu hidup gua.

memang kebiasaannya cerita dikalangan budak2 asrama ini sama sahaja. cerita2 yang wujud tidak akan jauh berbeza jalan cerita nya. biasanya cerita panas bab2 rasuk2 ni. hantu pochong, penanggal, memang benda2 itu biasalah jadi bualan di mulut orang. kemudian cerita gadis2 hot. termasuk mana2 cikgu biologi mahupun anak mak cik cafe. pasti menjadi idola mata!

fly. perkara biasa untuk pelajar asrama. kira jantan kalau pernah fly. biarpun sekali. tapi itu memadai memberi anda status jantan. ini kerana sekolah asrama memiliki suasana yang gila. dan hanya mereka yang hati kering sahaja mampu ada perasaan untuk terbang keluar. aktiviti yang akan dilakukan, makan mee udang. agak kayo sikit cari lah kfc ke kan. kenyang2 pergi main snooker. agak2 nak balik singgah 7e nak belikan rokok yang ditempah rakan2.

warden. aduh. sakit2. memang sakit. ada pelbagai jenis warden! siapa je dorang nak cari pasal kalau bukan dengan pelajar diorang. lagi2 budak nakal macam kami ini. ada yang boleh buat anda menangis. anda yang boleh naikkan penumbuk anda kat muka diorang. ada yang boleh buat anda lepak sekali minum teh. ada yang booleh anda tempah rokok. macam2 jenis lah. tapi untuk gua. gua tak kisah pun jenis apa. tapi gua nak tengok adakah cara mereka menjadikan gua berbeza pada hari ini. kalau dulu mulut pok pek tapi cakap kosong. gua pun tak tahu kenapa dia layak pegang status cikgu itu.

kantoi. ini paling best. kau orang buat kess semua pastu kantoi. dan bagi gua saat2 kantoi itulah yang akan memberikan kau orang semua senyuman sampai sekarang. macam2 kes disiplin yang akan terjadi di sekolah asrama ini. ponteng subuh, main polis sentri malam2, membuli junior, masuk asrama perempuan curi coli,
 skodeng awek mandi, berasmara di tangga, merokok, ponteng kelas, gaduh memukul dan banyak lagi.

culture shock. ini memang biasa. time2 la golongan2 yang baru kenal dunia akan tunjuk taring. yang otai2 betul senyap je dan hanya mampu tersenyum. kalau masa before pmr tu. standard lah pergi kelas nak seluar londeh2 je. bboyz la kononnya. pastu ngurat awek, kalau boleh nak tulis surat je. budak perak tak habis dengan ipoh diorang. budak kedah dengan sungai petani diorang. masing konon bangga dengan dunia yang mereka sendiri tak rasa. merokok kerana hanya mencari nama. padahal hembus pun tak reti. yang baru nak kenal dunia, sembang kencang! konon baca zine skinhead. konon hafal lagu sepultura. padahal 2 lagu nirvana je dia tahu. itupun tak hafal penuh. masalah berlagak knowledge. akan berlaku di zaman ini.


memang satu pengalaman yang sukar dilupakan ketika kami disekolah asrama. jadi sempena itu. gua akan bongkar segala isu asrama di akhir tahun ini. sehingga bermula tahun hadapan. akan gua dedahkan segala story tentang kisah2 menarik di sekolah asrama. jadi, jika berminat nantikan kehadiran kisah asrama ini satu persatu. semoga ada yang membuka minda, membina cerita dan anda bergelak tawa.

10 comments:

Anonymous said...

pahit duka sekolah asrama hanya tinggal kenangan. kenangan yang tak mungkin aku sendiri lupa. aku tunggu entry 'sejarah' kau. sebab 'sejarah' kau boleh buat aku teringat zaman sekolah aku.

miephobia said...

kenangan owh kenangan..;)
tp gua xpuas hati satu bende sal entry lu dowl..
hahahaha

rara (; said...

memang menarik untuk di baca :)

syazana said...

haha.
di sebabkan kakak sekolah ssp. perempuan semua. dengar cerita prempuan jela byk.
bagus2 ted.

erk.
nak kongsi satu.
budak perak tak habis2 dgn ipoh diorg tu,
rasenye sampai sekarang kot
tak payah budak skolah.
yg dah besar pon
:D

KIBA kline said...

aku merasa 3 asrama.
smk raja permaisuri bainun, ipoh.
sms alam shah, kl
PLKN beringin beach, langkawi.

sama je cerita macam kau.
tak lari jauh.
tapi pengalaman tu yang bawak kita sejauh ni kan.
;)

syazmin.sies said...

terasa terasa
tapi rindu :DD
haha

hilman.teddy said...

semuanya kenangan. tinggal kenangan.
tiada yang tak perlu tak dipuaskan hati.

gua harap lu orang semua boleh enjoy dgn entry2 gua pasni. ok? chill bebeh.

desperate ruumate said...

gua pnah lepak hostel seminggu je. haha. tu pun sebab kena paksa dgn pengetua.
tapi best!
hidup hostel!
haha

'Aisyah Mahmood said...

asrama kalo xpenah alami mmg first2 kte xbest.kne dera lah.home sick la ap la..

tp sebenarnya asrama tu lah yg ajar kita berdikari.huhuhh..

rndu asrama lahh.. ;))

Anonymous said...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.