Penulisan

ada orang tanya gua. mana gua dapat bahasa melayu. gua dah jelik. apa kes soalan kau ni. tak apa. gua layan saja.

"lorh, dah tiap2 hari aku cakap bahasa melayu. cuma time ngorat je pakai broken english. apahal?" balas gua.

"xdalah. aku suka bahasa kau. kau macam hebat lah. lebih kurang camtu lah pujian aku" dengan selamba kambing dia puji gua depan2.

gua ni jenis tak boleh dipuji depan. mula lah tak tentu arah. gua terus order milo ais untuk membe gua sorang ni.

biar gua jelaskan. masa sekolah rendah gua jarang dapat A dalam penulisan. cikgu mengajar gua tengah lawan pemadam kat belakang. cikgu suruh hafal peribahasa gua makan gula gula. sekolah menengah pun gua buat rilek. belajar macam biasa. gua mengaku gua suka bahasa. tapi kadang2 tatabahasa itu membuatkan gua benci dengan bahasa.

gua tak suka benda berformat. gua tak suka dikongkong dengan bahasa gua sendiri. sedangkan tuhan tak kisah gua berbahasa apa dengan beliau ini apatah lagi gua nak kena tulis alamat rumah belah kiri lah, tandatangan dekat bawah lah. sedangkan gua cuma ingin tulis surat nak mintak letak jawatan sebagai pengawas percubaan je. haha.

lepas tu, masa gua gemar menonton tv3 dulu sebab ada uncle karam! gua taksub gila dengan uncle ni. bukan kerana jambang atau pergerakan tangannya. tetapi kerana bahasa yang menghancurkan gua. gua dengki nak mampus dia tahu banyak peribahasa. gua siap hafal lagi peribahasa2 yang mencengkam bunga larangan gua.

tapi sejujurnya gua dengan keluarga atau kawan gua sembang macam biasa. tapi untuk menulis gua kenal pasti bahasa separa baku amatlah selesa untuk digunakan. bukan semua orang suka bahasa separa baku ni. tapi setakat ini gua rasa alright je dengan sambutan rakyat jelata sekian.

senang cerita, kiranya gua bukan arif pun bab2 bahasa ni. paling berlagak gua boleh cakap pun ini anugerah tuhan. tapi kalau lu orang mintak tips memang gua tak da. cuma gua ingat satu benda je. dan gua amalkan sampai sekarang.

kalau menulis, menulis ikut hati.

4 comments:

ann@toing3gurlz said...

yeah!!..tulis ikut suke ati..spe nak baca..spe xnak boleh bla..hee..peace^^

CikMinahSayang said...

Betul tu , penulisan tanpa kongkongan lah hebat .
x.x Kalau format sana format sini , mak aih susah .
Keep it a go man :D

Anonymous said...

aku menulis ikut arah jam..xpon lawan arah angin.

Anonymous said...

lmao @ lawan2 pemadam...comel20x!