adik, abang ini hina.

bertemu lagi kita. entah bagaimana gua sendiri tidak tahu. apa angin gua sangat rajin untuk kemas kini tulisan ini. walaupun gua kurang pasti masih adakah pembaca bersama gua. tapi biarlah. nanti gua bosan2 gua baca sendiri jugak apa gua tulis. sebelum ke tajuk kali ini, gua nak mintak ampun dulu kat semua orang dalam hidup gua. gua tak tahu kenapa. gua sedang merendah diri ni. yelah, tak kan nak kene tunggu raya baru nak mintak maaf. apa salahnya pun pagi selasa yang hening gua hulur kemaafan untuk orang2 sekeliling gua.

dan untuk cerita kali ini juga gua sujud ke simen. gua bukan sesiapa hendak bercerita tentang cerita ini. cuma ini pendapat ikhlas dari gua. sekadar gua berkongsi, tanpa sebarang niat buruk dan semata2 gua boleh berkongsi. dan lu orang juga boleh berkongsi balik dengan gua. ye lah, gua solat jumaat pun kantoi kadang2. menipu tak payah cakap lah, berapa banyak budak sekolah gua kelentong. mencuri lagi lah tak payah sembang. berapa banyak hati gadis gua curi. haha. okayh. itu menipu. kan dah gua menipu. tapi tak apa.

kisah ini terjadi masa gua jadi fasilator handle workshop untuk budak plkn dulu. gua akan ingat benda ini sampai bila2. jadi, dalam kumpulan gua tu adalah dalam 15 orang. sebelum gua teruskan aktiviti gua open la session dengan sedikit ice breaking. macam biasa, gua mintak diorang beritahu nama. asal usul. sekolah lama dan impian. gua ni pelik sikit. gua suka selongkar impian orang. mimpi2 orang. sebab gua ini jenis yang berimpian. gua cita2 tinggi. sebab bagi gua, mimpi itu langkah pertama untuk gua hidup dalam alam nyata.

apa yang menarik perhatian gua sangat sampai gua tersentap terdiam sejenak. ada dua orang budak lelaki ini. gua lupa nama diorang. tapi diorang bilang diorang dari sekolah agama. ya, dari riak muka pun gua baca mereka boleh cerita dekat gua kisah2 nabi. tapi yang menarik masa diorang kongsi impian diorang. mereka berdua impian yang sama. dan impian mereka ialah. yanh sorang cakap macam ini.

"impian ana, ana mahu mati syahid" kata dia tenang.

dan lagi sorang pula begini-"impian ana juga sama macam sahabat ana ini,ana mahu jihad dan mati syahid."

memang gua sentap kejap. hilang urat nadi gua. tali pusat gua melayang2. air mani gua kering. lutut gua menggigil. tapi gua cuba kawal situasi. gua cuba hafal balik wirid2 selepas solat yang gua kene hafal dulu. tapi gua gabra sangat, gua gagal. gua cuma tersenyum dan berkata.

"impian yang menarik untuk dikejar. supaya tuhan mendengar kata2 indah kamu ini" balas gua bersahaja.

***

tragedi. gua rasa gua dibawah. murni sungguh hati umat nabi sekarang. tatkala bumi penuh dengan hiburan. mereka senang lenang berkata ingin mati syahid. ouh, ibumu pasti sentiasa tersenyum. syurga untuk anak nya ini. hidung sudah terhidu harum tubuh bidadari. telinga mendengar deruan sungai madu dan susu. kaki merasa lembut selesa memijak lantai syurga. mata tenang terbayang pemandangan yang tiada langsung dapat dilihat di mana2.

tapi entah. bagi gua.

seumur 17 tahun untuk engkau berkata begitu. gua tak cakap salah. cuma, ianya terlalu awal sahabatku. jangan salah faham. cuma pendapat hina dari orang jijik macam gua. dunia ada dihadapan. tak mahukah engkau menjadi doktor? membantu mereka yang lelah tenat di hospital? ataupun polis? tegas membantu mereka yang ditindas. mahupun arkitek? tersergah indah masjid2. tegak berdiri surau dan segala. ataupun guru. ikhlas mendidik anak bangsa, mengharap mereka menjadi manusia.

tak mahukah engkau berkereta? membawa bini dan anak berjalan di hujung minggu. melihat keindahan ciptaan yang maha mencipta. supaya anak2 kecil itu mengenal dunia. bermain pasir. melihat laut yang luas terbentang. meredah belantara. melihat besarnya gajah di hutan. merasa pedihnya sengatan si lebah yang kecil.
lalu mereka bertanya.

"ayah, siapa yang mencipta dunia ini".

tak mahukah? kau merasa rumah selesa. supaya ada tempat untuk kedua orang tua mu menghabiskan sisa2 hidup mereka di rumah. bermain bersama sejadah. menyanyi dengan kalam Allah. tak mahukah ada kewangan yang mewah. supaya dapat engkau bersedekah pada yang miskin. dapat engkau menaiki kapal terbang merentas ke india. ke palestin. supaya dapat engkau melihat apa itu sengsara. dapat engkau balik dan kongsikan sesama saudara.

adik. terlalu awal untuk engkau. masih banyak perkara dunia menanti sebelum ke akhirat sana. bukan gua suruh engkau beratkan dunia. tapi cuba engkau bayangkan. setelah segala impian dunia tadi tercapai. segala kepuasan engkau kecapi. dan di pengakhiran hidup engkau ditemani mati syahid mu itu. pasti si dia tersenyum bangga menunggu mu di syurga sana. capai lah segala impian dulu, kemudian akhirkan ia dengan penutup yang terbaik. lebih indah begitu gua rasa.

maaf jika engakau sangsi. gua tak peduli. gua cuma berkongsi apa isi hati. kerana menolak gua ke gaung gua tetap akan bangun mencari puncuk gunung. dan jika gua mati disitu. nama yang diberikan itu takdir.

9 comments:

Anonymous said...

salam..

erm..entri yg menarik, tp kan, sy skadar mahu berkongsi, mati syahid x semestinya mati ketika berjuang di medan perang, kerana kita yg sedang menuntut ilmu ni pun sebenarnya tgh berjihad di jalan Allah..:)

hilman.teddy said...

setuju. cuma maksud gua cara pemikiran itu. yeah, mungkin gua tak sesuci sesiapa berdoa ingin mati ketika menjawab soalan spm. itu mksud gua.D

eeeraa said...

walaweii..
meremang bulu roma bace mende nie.
tersentap jugak la.
urmmm..
ana x penah terfikir lnsg smpai mcm 2org budak laki tu fikir.
impian ana,nak bljr n blas jase ibuayah je.
huhu

desperate ruumate said...

lu sampaikan dgn penulisan yg lembut.
tenang, alhamdulillah.

ya, bukan dunia harus diberatkan tp seharusnya kita merasai dunia. insyaAllah, kerana setiap yg berlaku akan ada hikmahnya dan disitu setiap yg berlaku akan tertuju pada kuasaNya. kita kagum dan takut.

ibadah jadinya kan :)

tita atiqah.

jen - jen punye cite said...

ayat engko......

teddy anak murid yang berjaya. =p

hilman.teddy said...

eeraa-haha. bertenang. masih. semua manusia itu sama. kalau kau pun dah meremang. apatah lagi gua masa terus mendengar dari mulut diorang.

tita atiqah-alhamdulillah. segala kurnian tuhan juga. gua hanya mampu berkongsi sahaja. semuga ada keberkatan darinya.=D

SuRayA^i. said...

impian nak mati syahid, first time dgr..
=O

The Thought of Nobody said...

bagusnye diorg. at that very young age, they already see the right things to be achived as a Muslim. maybe you should ask them, in what way would they want to struggle for that dream?..sbb, bila akhirat destinasi mereka, makanye, mereka akan berusaha utk di dunia.
wallahualam.

hilman.teddy said...

=D