basikal emas.


Basikal Emas.


 disamping pagar itu.
bersandar ia. tidak megah tidak lesu.
basikal emas gua.

di bandar gua menyusur.
kayuh perlahan kadang terlaju.
lenguh kaki kaku sendiri.
kalau penat gua berhenti.

arah tuju? gua tahu.
simpang tiga, simpang empat.
gua kena pilih satu.

jambatan.
gua rentang biar gua terlentang.
bukan mudah berjalan.
apatah lagi diri ini mengayuh.

jejantas.
tak perlahan gua pantas.
menari lagi mencantas.
segala halangan.

500m dihadapan.
kerja pembaikpulihan.
maaf atas segala kesulitan,
kerana semua sulit.
dan gua terbelit.

lampu trafik berkelip.
hijau. merah. kuning.
gua simpan segala.
helaian baju. supaya bisa.
gua jadi pengayuh yang biasa.

baju kotor.
habuk jalan.
panas terik.
peluh di dahi.
air sirap sebungkus kak.

hampir senja, matahari melambai.
tersenyum dia melihat gua.
gembira dia gua tiba di destinasi.
gua pun gembira.

terlihat rumah itu.
yang ada satu bidadari di dalamnya.
kerana itu gua mengayuh ke sini.
dan kini, gua di sini.

sekejap.

gua dah nampak dia.
erm. manisnya.

sekejap.

ouh. dia bersama temannya.
menikmati kopi petang di laman.

biarlah. malas gua mengganggu.
biarlah. gua tinggalkan saja pesanan.
dalam peti surat kamu ini.

sekian.
kau pasti ingat aku sudah berlalu bukan.
salah. gua di pagar belakang.
masih menanti.
ditemani asap rokok yang dinyalakan tadi.
moga ada engkau.
menemani esok.

kerana gua sudah jauh.
mengayuh.
mendapatkan engkau.
dengan basikal emasku.

No comments: