aku rockstar, engkau tahi.

haah. kau memang rockstar. aku kene hormat kau. kalau nak lepak aku yang kene call kau. aku yang terkejar2kan kau. kau anak orang kaya. kau rasa kau penting untuk kite orang. kau rasa kau tak layak berada di sisi aku. ya, punggung kau cantik. sehingga berjuta alasan untuk kau keluar jalan bersama. kau rasa kau gangster, kau tak boleh kawan dengan budak pakai sepek bingkai tebal. ya, kau rasa kau hensem menawan ada ijazah. kau tak nak berkenalan dengan budak tak pandai baca. ya, kereta kau ada turbo. budak rempit kau hina macam khinzir. haah, rambut kau kaler merah. bawah matahari kau malaikat. tak nak kawan dengan budak2 setan.

memang semalam aku mulia. jujur aku mulia. semalam, cara gua menjaga hubungan memang lain. orang buat salah dengan gua, gua lepaskan. paling2 koman pun gua bawak diri. senyap2. layan perasaan sorang2. senang cerita, gua tak main parang ke, belati ke, mercun ke. apa saja kesalahan gua maafkan. tak kira masa, bangsa, gua maafkan. senang cerita, hati gua lembut. gua layan manusia sama semulianya. kawan2, kenalan, sahabat baru dan lama. semua gua buat macam tu. dengan harapan, semuga segala kebaikan gua dibalas dengan kebaikan.

tetapi.

sehingga suatu masa. bila gua macam ni gua rasa ditindas. gua rasa gua bukan rockstar. gua rasa kehidupan gua sebenar hilang. kenakalan gua tidak terserlah. darah panglima pai lang moyang gua tersimpan. tidak mengalir deras. mungkin lu orang tak faham. takpe. gua eksplen pelan2.

contoh 1, dengan membe2 gua. kalau dah tiap2 kali nak lepak. gua yang nak kene call. gua yang nak kene plan. gua yang nak kene text. amboi. lu ingat lu orang rockstar? sampai bila? dah tu, perangai buruk korang gua telan tiap2 hari. gua pendam. berlemak lah gua camni. lu pikir nak merajuk je tiap2 hari. bendul gak kepala gua camni. jadi sekarang, pergi mam. sebab gua tahu, time lu happy lu tinggal kite orang. time lu sedih ada masalah baru nak cari. jadi mana yang kekal sahabat sejati itu, kekallah sehingga ke syurga. lu bukan rockstar gua nak kejar lepak dengan lu pun. tak beri manfaat pada orang yang rockstar macam gua.

contoh 2.awek dan pakwe. kalau dah tiap2 kali gua yang nak kena start mesej. kalau2 dah tiap2 kali gua yang nak kena tegur kat facebook. kalau dah gua kene keluar duit top up nak kol tanya lu sihat ke tak. lu ingat lu vanidah imran? susah lah camni. penat gua. baik gua lepak dengan anuar zain je main2 urut bahu dia. asal? lu hot sangat gua yang nak kene tempek2 kat lu? memang gua tak de rupa dan harta, itu lain cerita. sebab gua pun manusia. telur gua ada je dua macam orang lain. lain lah telur gua ada 3 ke. istimewa lah sikit. lu boleh buat rilek macam dunia tak berputar. macam num gua lu dah delete dalam phone. sudah. mari jadi sedikit gua. tak payah pegang pada perkataan gentleman. kerana perkataan itu sendiri akan timbul apabila komunikasi dua hala yang berkesan ada.

jadi, lu orang nampak tak apa yang gua sampai kan? bukan apa. gua cuma tak nak lu orang jadi lembut. lu orang tak perkasa. biar ditindas dipijak mereka. padahal kita pun manusia. perlu ada dunia. apa yang penting, cari lah mereka yang anda faham dunia mereka dan mereka faham dunia anda. maka kerja jadi lebih mudah.
 semoga contoh yang gua bagi akan bukak mata lu orang seluas2nya tentang apa maksud sebenar kawan.

 dan bagi gua masalah ini timbul bila kita kurang dengan konfiden. jadi untuk itu, sila naikkan ego anda setingginya. kerana dengan itu, anda akan yakin dengan kehidupan dan persekitaran anda. dan dengan itu anda tak perlukan bullshit2 ini dalam hidup anda. mereka tak penting. tak perlu layan macam anak raja.

dan berkata pada diri sendiri. dengan penuh rasa kenakalan.

-aku juga manusia. aku ada cara hidup aku. tanpa orang tak guna macam kau, aku masih bernafas dengan teman2 yang lain. sebab aku pun rockstar. engkau tahi.-

8 comments:

atiey said...

setuju.

Alynn Notnot said...

200% setuju! ;D

miephobia said...

yg 1st gua faham.
yg 2nd gua lagi lagi faham.! hahahaha..
;D

fina. said...

you always rocks, man.
you always do.

hilman.teddy said...

=D

aQ!da said...

aaa! aku benci! yg no. 2..

jen - jen punye cite said...

alalala...meh cni meh.muah

jen - jen punye cite said...

aku tampar2 blakang ko pon aku syg ko.huhu