untuk aku berdiri bukan masalah engkau.

kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
kerana rumah nya besar bertingkat.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
kerana ramai rakan menyenanginya.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
menghibur di madison square untuk gegadis.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
buah dadanya ranum menarik perhatian lelaki.
kadang-kadang saya ingin menjadi seperti dia.
wang tak pernah terbang melayang.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
hari-hari puisi nya penuh di tv.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 jauh berjalan melangkah hingga ke bulan.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
cemburu saya dengan kepintarannya.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
bersahabat dengan selebriti.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
kerana hidupnya tidak lari seperti raja.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
sekali pun tidak pernah membuat dosa.
 kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
lengkuk badan menarik menari di atas pentas.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 punya budibahasa rupa dan suara.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
perlu tahu apa kepentingan hidup.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
punya hubungan kuat dengan ibu bapa.
 kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
sedikit tidak lupa pada kitab dan rasul.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 miliki cinta agung dari bidadari.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
terlalu indah punggung berjalan di kota.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
miliki gitar separuh nyawa.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 3 almari baju 4 almari seluar di rumah.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
petah berbahasa di arena debat.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 mampu berkata cina, perancis, sepanyol.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
hebat di dapur bermain pisau dan bawang.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 punya pedang samurai.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
bersahabat bersama naga.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 mulut manis pandai berbicara.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
indah bahasa dari rupa.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 hebat melukis dari melatah.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
tahu apa erti sebenar cinta.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 seringkali jatuh namun senang berdiri.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
bergaduh kerana maruah tanpa darah.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
 berkahwin dua tinggal sebumbung.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
mengerti apa itu hari minggu.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
kekal mengekal janji antara manusia.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
punya dua wajah dalam satu masa.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
bijak rajin tenang tersenyum.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
terjun dengan payung terjun mencari muka bumi.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
tidak pernah lupa pada masa.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
tahu dimanakah lubang keseronokan.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
jauh berenang dengan ikan lumba-lumba di lautan.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
tiap tiap masa hebat berakustik.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
tahu jawapan pada semua teka-teki.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
laju memandu di jalan raya.
kadang-kadang saya mahu menjadi seperti dia.
kerana saya lupa.

saya lupa.
saya ialah dia.
saya lupa.
saya bebas untuk bermimpi tentang apa sahaja.
kerana saya lupa.
arah hidup saya.
hanya nafas saya menentukan.
bukan dia.
kau.
mahupun sesiapa.

maka.untuk aku berdiri disini.
bukan masalah.
juga untuk kau.
 bukan masalah.


tiada masalah bukan?




3 comments:

lumut said...

kau takkan pernah boleh jadi die,....takkan!

hilman.fikry said...

haha. mengapa???

Adila Ady said...

aku pon selalu berangan..

fantasi itu indah