Kisah Asrama 4-Tempat Menempah Maut.

HAHAHA. tajuk nak kencang je. memang pun. gua kan suka kencang2 ni. tak adalah. gua sebenarnya bertapa lebih setengah jam nak cari tajuk sesuai untuk entry kali ni. tapi sikit punya tak dapat. secara graf meningginya gua main pakai tulis je tajuk kat atas tu. apa2 pun, cerita kali ini perihal nama2 samaran di asrama. bagi gua, asrama ni ialah tempat kau orang tempah maut kalau lu orang ada buat slack sikit je. contohnya, kau orang ada buat benda tak kena, pastu ada orang kutuk lu apa2. dan nama itu akan melekat sampai bila. sekolah dah habis pun nama tu masih melekat lagi. jadi gua kongsi sikit dengan lu orang contoh2 nama maut yang lu orang boleh tempah kat asrama.

1. Mat Chek. Azim Pendek. Alya Kecik.
Kes : Nama dihukum atas rupa badan mereka yang normal tetapi pada dasarnya tidak normal pada mata kasar. Oleh kerana badan mereka yang kecik dan pendek maka nama manja ini akan dijuruskan kepada mereka supaya mereka dapat dikenali dengan lebih spesifik.

2. Den Gem. Cimok. YB. Bob.
Kes : Macam biasa. mereka antara golongan yang disayang tuhan. segala rezeki murah membuatkan mereka sentiasa sihat sejahtera. Macam Den Gem, kata akar dia adalah Gemok. Membe gua yang kena panggil Cimok itu adalah gabungan Cipan Gemok. YB pulak bermaksu Yang Boroi. Jadi secara tak perasan nama2 akan melekat sampai bila2. silap hari bulan dah kahwin pun gua rasa orang panggil dia Cimok lagi. tempah maut...

3. Fatimah Breast, Siti Torpedo.
Kes : Ehem2. Ini biasanya diberi oleh lelaki. ditujukan kepada awek2 getah yang mempunyai asset bernilai berjuta. jadi, kalau kite orang tengah sembang pasal dia, nama ini akan digunakan untuk memberi kesan hiperbola terhadap barang yang mereka miliki. memang maut lah. disebabkan asset mahal, tak pasal2 orang panggil lu Ain Betik.

4. Ain Tong.
Kes : Ini lain lokasi pulak. dinalai pada angle kemantapan pungguk. kalau dah jalan pergi kelas punggung tak boleh kalah. punggung nak lebih dari had laju sepatutnya, memang akan melekat la nama ain tong. hanya disebabkan punggung mereka yang tonggek.

5. Mat Ceng, Arip Cap.
Kes : Ini memang nama common kat mana2 asrama pun. normal lah nama ni melekat kat mana. jenis buat kerja tak reti cover. yelah, lagipun masa dulu budak2 lagi. tahu membe lancap je macam buat kesalahan berzina. padahal membe nak lepaskan gian. dan melekat nama mat ceng sebab masa mandi kantoi tengah toceng tengok gambar dato siti. melekat lah sampai dah fly ke mesir pun orang panggil arip cap lagi.

6. Faizal Tobek. Izzat botak.
Kes : Semestinya dinilai pada rambut. Padahal membe tersilap potong rambut je. sikit je pun yang tobek kat tengah2. tapi tempah gak maut. dah tukar awek 4 kali pun orang panggil faizal tobek sampai sekarang. fobia mamat tuh nak potong rambut lepasni.

7. Ajip Kangkang. Izzu Jamban.
Kes : yang ni pelik sikit. Membe nak berak. jap lagi tersungkur dalam tandas. kaki celup jamban. dah tak pasal2 kene sound izzu jamban. free2 je dapat nama tak hensem. dah tu main bola injured. jalan terkangkang pergi kelas seminggu. seminggu pun cukup nak bagi lekat nama sampai mati. maka terpanggillah namanya Ajip kangkang. hilang market terus.

8. King.
Kes : haa. yang ni best. membe baik gua punya nama. sampai sekarang orang panggil dia king lagi. korang mesti ingat dia cam raja segalanya kan sebab orang panggil dia king. konon hebat lah walaupun gua tahu perangai bangsat dia macam setan. tapi untuk kes ni orang panggil dia king sebab badan dia macam king kong. tak pasal2 kena jadi mangsa nama samaran jugak. haha.

9. Ipoh. Kamil Baling.
Kes : ini paling standard lah. kira panggil nama ikut tempat asal masing. membawa martabat orang kampung lah kiranya. tak dahal sangat. bagi gua, ini pun nampak stylo. kan? Kadir Pasir Putih. hahahaha. tak pun ayu simpang renggam.

10. Cik Nab. Joe.
Kes : bukan kerana nama dia nabila. bukan juga kerana muka dia macam anak amy search. juga bukan kerana dia reti menyani seperti joe flizow. tetapi diorang jongang!  kerana gigi dia lain daripada yang lain. dua gigi mereka maju kehadapan. dan sebab  itu juga lah nama ini akan melekat sampai ke kubur. silap2 kat batu nisan pun tulis nama ini untuk ruang nickname diorang.

11. Jubir. Bebir.
Kes : Nama ni asalnya dari london. Nama ini dipopularkan oleh angelina jolie. Biasanya nama ini diberikan kepada mereka yang mempunyai bibir mantap. menjuih kehadapan. besar. lain dari yang normal. lalu melekatlah jubir. padahal membe nama punya sedap syed muhammad iskandar. tak pasal2 kena panggil jubir.

12. Zirafah. Ayam Katik. Kambing.
Kes : juga mengikut situasi tertentu. mereka akan disamakan dengan binatang. zirafah contohnya untuk mereka yang bertengkuk panjang. yang ayam pulak sebab rambut macam balung ayam. tak pun jalan terkedek2 macam anak ayam. kalau dah kena panggil kambing tu maksudnya mandi 3 kali seminggu jelah.

13. Jambu. Kacak.
Kes : ha..ni lain cerita pulak. ini untuk abang market lah. muka macam cina sikit ke. pipi merah bukan main. putih melepak. tinggi melampai. dapatlah gelaran eddy jambu. nama macam ni market lah sikit kat batch junior2. huhu.

14. Mat  Deng.
Kes : nama ini untuk golongan2 orkestra. yang popular dengan bakat mereka mengharmonikan suasana dengan bunyi nyaring di malam hari. biasanya diberikan oleh membe katil sebelah yang bengang tak dapat gayut dengan awek sebab mamat tu punya dengkur kalah bunyi enjin tongkang kapal.

15. Pedo. Sereng.
Kes : mata senget sebelah. golongan yang sering menimbulkan kontroversi. kejulingan mereka menempah maut untuk mendapat nama seperti ini. ini disebabkan kemarahan mereka yang perasan golongan juling ini berkata kepada mereka. padahal, mereka sedang bercakap dengan orang lain.

16. Frado. Wan Pang.
Kes : telinga capang. antena tinggi sikit untuk bunyi yang lebih jelas. telinga seakan2 frado dalam siri lord of the rings membuatkan mereka juga dipanggil wan pang kerana telinga yang capang.

17. Tokan.
Kes : Ini pulak nama yang akan melekat kat mana2 bisnesman yang menjalankan jualan di asrama. tidak kisah direct sale mahupun sistem piramid. biasanya tokan rokok, mee sedap, hotdong kolom dan sebagainya.

18. Acap Bola. Atoi Otot.
Kes : ini pulak nama untuk golongan sportman. Striker sekolah biasanya yang akan menempah nama acap bola. Bagi yang bermain ragbi pulak. adalah nama macam atoi otot ke. Hasan gerabak ke. ini untuk merefer kepada bakat cemerlang mereka dalam bidang sukan.

19. Jamal. Yahya. Dahman.
Kes : haa. nampak macam nama yang normal kan? tapi korang silap. sebenarnya ada udang disebalik mee. mereka diseru dengan nama bapak masing2. nampak kurang ajar. tapi untuk kami itu salah satu cara untuk rasa seperti sebuah keluarga. takpayah panggil nama asal. pakai nama bapak dia je. macam2. suka hati bapak korang lah.

20. Teddy.
Kes : last but not least. nama ini biasanya untuk abang senior yang comel. yang hensem sikit dari aron aziz. yang mempunyai punggung yang tampan serta berpewatakan menarik. yang mempunyai blog dan lu orang sedang baca blog dia sekarang.

sekian. banyak lagi sebenarnya gua rasa nama2 menarik yang boleh dapat kat asrama. apa2 pun entry ini tidak ada kene mengena dengan hidup atau mati mahupun yang terlibat secara tidak langsung. dan paling gua ingat nama membe pulau. bukan sebab dia kena pulau. tapi dia ada banyak tahi lalat. melekatlah nama pulau sampai hari ini.

10 comments:

'Aisyah Mahmood said...

sye ad sorg kwn org panggil arau.padahal nme die muhd hazwan.hahha.sbb nme tmpt tinggal die org aggp cam pelik,xpenah dgr,terus lekat nme tuh kt die. ;))

atiey said...

hahahaha. :))))))

Muhammad Shahrain said...

bagaimana dgn buah2an atau sayur2an seperti jagong? aku tak bersalah tp nape dpt gak jagong tu????

oh nada said...

hahahahaha. apa la agaknya orang gelar aku kat sekolah dulu. haishhh.

jen - jen punye cite said...

mrsm aku pon ade name pelik da..

faiz taik.
matwe tokey.
alip lemok.
capik ulat.
baqi puyuh.
beta sedo.
azril kucing.
snolek.


huhu..

Muhammad Shahrain said...

snolek tu mesti dtg dr nama pokemon snorlax...utk ciri kuat tido.

miephobia said...

thumbs up again 2 my sahabat..
nme2 kwn gua tersenrai plus nme gua..haha..
nme lu pun ade mat..;D

Emon. said...

LIKE :D

fndrocka said...

boleh buat reference entri ni untuk kajian2 selanjutnya.haha

ikut pengalaman aku lak...beberap kwn aku dipggil dgn nama berikut:

jim=sebab suka g gym
ngap=sebab selalu sangap rokok
essien=sebab muka dia iras mic essien pemain chelsea

daniel said...

bro,terima kasih sbb bg gua teringat blk kisah gua yang same gak mcm lu time gua kt mrsm k.klawang ngan mrsm tgb dulu.gua enjoy.haha