carik sahaja aku.

kata orang.
kerana mulut , badan binasa.

kata aku.
bukan membinasa mahu pembinasa.

dan jika.
mulut ini membinasakan ramai orang.
ya tuhan,
diamkan aku.

andai penuh gula dalam mulut aku.
kau taburkan segunung garam.
supaya hilang kemanisan itu.

andai penuh bunga mawar dalam mulut aku.
kau cincangkan baki hempedu ayam.
supaya lenyap bau wangi itu.

andai lincah lidah ini berkata2.
kau ikatkan ia pada hujung neraka.
supaya lenyap lalu binasa.

andai mulut itu masih bercerita.
kau lenyekkan sahaja.
supaya diam selamanya.

andai mulut ini yang membuat ketawa.
kau simpan segala lawak jenaka.
supaya bisa aku jadi lelaki biasa.

andai ia menjadi medan tarikan.
kau tarik segala perkara menarik.
supaya tiada siapa yang tertarik lalu dicarik.

andai mulut ini sudah banyak melukakan.
kau lukakan sahaja aku.

haish.

apa bisa aku menjadi tuhan.
menentukan segala kejadian dan takdir.
tapi sayang aku bukan.

3 comments:

annadzirah said...

pergh.
clap clap clap.
ayat xleh bla..
masyukk..
d:

hilman.fikry said...

hahaha. asal ek?

Liyana Adib said...

Thumbs up!