pangkat dan harta. apa ada?

kadang2 gua kesian tengok kawan2 gua yang kena push dengan mak bapak diorang dalam bab2 education. gua tahu, siapa tak nak hidup senang kelak nanti. tapi, kalau dah tak kena dengan cara, macam mana nak berbicara. kata orang, kalau dah lembu itu, telan lah rumput. tak kan nak makan dablecisburger pulak.maksud gua, biarlah ikut kesesuaian. maknanya, ibubapa harus bagi galakan kat apa yang anak2 mereka minat.

dalam permerhatian gua. kebanyakkan ibu bapa mahu anak mereka terlibat dalam golongan profesional. contohnya doktor, arkitek mahupun jurutera. budak tu dah lemau dah nak hafal nama ubat2. tapi kena jugak paksa pergi mesir belajar jadi doktor. dah 2-3 tahun sangkut. balik malaysia tangan kosong. bawak tulang orang mati je untuk mak bapak.

paling ketara sebab kawan gua ni parent dia paksa dia jadi doktor. tapi spm dia tidak mengizinkan. jadi parent dia memutuskan supaya dia jadi arkitek pulak. korang nampak tak? seperti masa depan anak dia parent dia yang tentukan. gua tak cakap salah. cuma, pernah kah kita tanya apa perasaan membe gua tadi?

kalau lu orang rasa apa?

apa yang gua nampak sebenarnya. ini semua atas kemahuan ibu bapa. yelah, siapa tak nak anak2 belajar tinggi2 kan. boleh dicanang cerita kat teman sekerja nanti. standard lah masa gua register mrsm dulu. masuk mrsm je kot. anak dia rambut pun tak reti sikat lagi. yang ibunya datang, kebaya merah kau. potong tepi baik punye. rantai sampai cecah lantai. subang boleh sangkut baju. lengan penuh gelang. tak larat nak angkat pen turunkan tandatangan.

bukan apa. jujur gua cakap. education pada zaman sekarang bukan menentukan kau orang hidup senang lenang. education cuma 40% jeh. 50% lagi pulak sebab bisnes. suka hati lu orang nak cakap apa. tapi ini apa yang gua nampak dengan mata gua. manakala 10% lagi pulak nasib. yelah, lahir2 dah tahu jadi menantu rosmah ke. memang lah kaya dan hidup senang lenang.

haish.

terlalu mengejar nama dan pangkat. sehingga anak sendiri menjadi mangsa. salah siapa? kita diam saja.

5 comments:

SHAREL said...

aku dah pernah rasa bila ayah aku dulu paksa aku masuk aliran sains sedangkan aku nak masuk sastera. malas nak fikir banyak sebab aku ni bukan pandai pun. last-last aku kena buang skola.

hilman.fikry said...

hahaha. skrg mana? giatmara?

.nana. said...

buat parents happy je hillman. demi keberkatan hidup :)

Asma' said...

itulah, mak bapak kena fikir jugak..

syazana shahar said...

kesian my kembar.
sabar ye u?
mamababah taktau mungkin.
:)

kitorg ade jee jatuh bangun u!

kuat yeeee!