pemergian bukan untuk diratapi.

cukup nampaknya untuk gua salirkan kesedihan dalam benak hati gua ini. kehilangan bapa tersayang kepada rakan hidup mati gua, khairul syafiq pasti menyentuh hari2 normal gua. perginya meninggalkan kita kerana sudah tiba masanya. membawa kanser bersama. semoga ditempatkan bersama orang-orang mulia. bagaimanapun, gua nak mintak maaf sebab ajak lu pergi raub. bukan nak lawan takdir. tapi sebab perjalanan cuti kita menyebabkan lu tak dapat menatap wajah ayah lu. gua mintak maaf sangat2. semuga ada hikmah di sebaliknya. merasa kehilangan pasti amat berat. gua tahu lu kuat. tapi andai lu tersungkur pun. jangan risau. masih banyak tongkat2 di sisi lu. dan sebak gua lihat adik lu yang masih kecil ini. lu tolong jaga dia baik2 untuk gua. moga dia membesar dan jadi golongan cerdik pandai macam lu. gua akan ingat apa dia cakap -"ayah mal dah tak da. dia dalam kubur.. mal dah tak ada ayah. ada ayah baru tak? ada tak?". mal, kau masih kecil. besar nanti kau faham sendiri apa itu dunia. berlalu sudah seorang lagi dari dunia ini. yang kita? masih menanti. bukan apa, marilah saling ingat mengingati. kita semua bukan lama lagi. meniti hari2, kelak izrail datang mencari. sekali lagi diucapkan takziah buat keluarga khairul syafiq. moga kalian bersabar dan gah menentang ujian2 illahi. dari sini, dipanjatkan Al-Fatihah. Amin.

p/s- pedulikan mereka yang pedulikan kita. kerana mereka hanya akan menghargai bila kelak kita sudah tiada.

11 comments:

Lucy S. said...

takziah untuk ur friend tu. tell him to be strong !

hilman.fikry said...

will do. =D

Amy Wong said...

man.ade hikmah di sebalik ape yang jadi semua nie.moga rezeki bak hujan lebat dapat kepada khairul syafiq @ king dan sekeluarga.

takziah kepada beliau dan sekeluarga.

Al-Fatihah kepada arwah..

Liyana Adib said...

My condolences to him and family.

abdullah said...

mati adalah peringatan paling baik dari Tuhan. Dia sungguh Mulia.

RR said...

alfatihah

Unknown said...

al fatihah... kematian akan sentiasa igtkn kite dekat pada Allah..

atiey said...

Al Fatihah T-T

Anish said...

takziah untuk shbt kamu, sy pun baru kehilangan papa tersayang...sedih dan menyakitkan tp ALLAH lebih sayngkan ayah shbat kamu itu..setiap yg terjadi pasti ada hikmah.

hilman.fikry said...

terima kasih semua. tuhan mendengar kata hati masing2.

and to anish bersabarlah ok. =D

Anish said...

makaseh...anis bgn berdiri dengan semangat dan kasih sayang dari teman2 sekeliling anis...