setiap hari.
saya ajak awak main salji.
tapi awak degil.
sibuk dengan pemetik api.
tengok! jari awak terbakar.
haish.
setiap hari.
saya ajar awak menari.
tapi awak degil.
sibuk dengan menangis.
tengok! mata awak dah bengkak.
haish.
setiap hari.
saya ajar awak ketawa.
tapi awak degil.
sibuk dengan berduka.
tengok! hari awak sengsara.
haish.
setiap hari.
saya ajar awak mengeja.
tapi awak degil.
sibuk dengan bercinta.
tengok! hati awak kecewa.
haish.
dan untuk setiap hari.
awak terus begini.
tak pernah nak dengar cakap saya.
awak degil.
keras kepala.
saya tahu saya bukan sesiapa.
bukan anak raja.
bukan menteri kerja raya.
tapi,
saya lelaki biasa.
yang tak suka.
air mata.
air mata awak.
tak suka.
saya tak suka.
kerana hadir saya.
dengan impian.
agar tiap hari awak gembira.
agar tiap hari.
awak bersama.
dengan sesiapa.
walaupun bukan dengan saya.
tapi,
awak masih ada masa.
teringat nama saya.
walaupun bukan.
setiap hari.
9 comments:
<3
setiap hari sy baca..
baca apa??
blog awk...
tengok,skrg kwn sy pn dh mula baca..
hahah...
smart...
:)
atiey- <3
helfis-hahahaha. ko ni. ada2 je. pape pun thanks a lot 4 d support k.
li- =D
nice one.:)
alololo :)
nice! ;)keep it up~~~
sweet nye...pandai la tulis poem mcm nie~sy suke bace~
hey, terbaik ahh...cair gua..
Post a Comment