anak burung

bukan mudah menjaga hati seseorang. kadang2 kita tak sedar pun kita dah terlenyek hati orang lain. lagi2 orang yang selalu disisi kita. hati ibu bapa kita. saudara mara. guru2 dan pensyarah. mahupun teman hidup kita sendiri.
macam gua cakap dulu, perasaan itu ibarat kala jengking. digenggam manja, maka ia seronok berlegar2 di sekitar tangan. salah genggam, kawan menyengat. dan kecil2 itu, mampu membunuh sesiapa. eksotik2.

bukan mudah juga untuk mengenali hati seseorang. hati manusia tiada nilai. maka, tak boleh juga ia dinilai begitu saja. bagai lesung dan batu, seperti itu hati dan tuannya. hanya diri sendiri tahu apa yang hati mereka sering siul2kan. dan ini sering jadi masalah buat orang ramai apabila tidak mampu menanggung rasa hati orang lain.

jadi, cara senang untuk kekal bahagia di atas bumi ini ialah berbuat baik pada kala jengking ini. kadang2 kita lupa, kita berlagak dengan bisa yang kita ada. kita fikir kita mampu menumbangkan serangga2 unggas yang lain. tapi, pada paksinya kita tak kemana. senang cerita, jaga diri, jaga kala jengking orang lain, serius korang bahagia.

itu je. tak banyak gua nak kongsi. cuma apa yang gua harap kau orang semua tahu apa beza kala jengking ini dengan anak burung.

5 comments:

-hazen said...

boleh tahan la analogi.

miephobia said...

tittle tu kontrovesi sikit man.xD

jak² said...

ade byk isu jengking menjengking ni.
nce one! ;p

i_am_the_KING said...

:)

Nik Nur Faeezan said...

nice.suke entri neyh.
lumrah manusia.
ati prasaan.kata2.