bukan kemalangan tapi pengajaran.

kerana manusia sering terlupa.
dimana had gembira.

dan aku juga seorang daripada mereka.

pintas. cari berahi.
dalam perkataan kelajuan.

dan tiba2 aku diajar tuhan.

melayang.
bukan di awangan.
terbang.
bukan merpati jalanan.
hilang kawalan.

dan aku menunggu mati.

calar sana calar sini.
rambut gugur digesek keluli.
cuba mengerti apa yang diberi.

dan aku masih bernafas.

keluar diangkat.
diletak telentang.
 air mata bergenang.

dan aku si manusia kembali pada si tanah.

jika melihat.
pada si roda.
pasti aku tiada lagi.
dipaksi roda kehidupan.

kerana mungkin tuhan.
masih mahu aku.
berada di jalanan.
masih mahu aku.
ada perasaan kasihan.
pada keluarga kawan dan teman.

dan aku sujud sembah sembam ke bumi.

biar menangis. aku tersenyum.
malaikat itu disisi. juga tersenyum.
belum masa tugasnya menjelma.

terima kasih allah, terima kasih izrail.

hari ini, biar tempang.
tapi aku menulis.
supaya lu orang.
berhati2, dan ingat pada orang tersayang.

nyawa bukan judi dalam permainan.
nyawa permainan dalam judi.

 Sang Kancil, bodykit L5, enjin L5.tiada turbo ek.
kejadian 15 mac 2010 berdekatan terminal 3 subang.
melihat ini membuka mata,
bagaimana penulis masih ada nyawa untuk menulis.
kerja Dia.

7 comments:

Amy Wong said...

ujian.xD

desperate ruumate said...

sakit tak?
get well soon. Dia maha besar.

tita

Lucy S. said...

get well soon. eksiden ke? hoho, be careful next time yah! ;)

hilman.fikry said...

yeah. thanx kawan2. =D

hilman.fikry said...

tita-sakit weyh. tempang. xdpt la nk ngurat u dah. sory lah ek. haha

Doriyuckey said...

uih, nasib umur panjang. huhu

White Bird said...

ujian dia.. syukur la masih bernafas.semoga hang cepat sihat