kadang2 kita terjatuh : berdirilah.

kadang2, bila dugaan menimpa pantas kita mencela. rasa diri yang lemah membuatkan kita sering selalu rasa dibawah lantas membuatkan pemikiran kita tidak terlalu rasional. kita tak mampu menerima apa yang orang lain beritahu. kita nak ikut kepala kita je. buat benda2 yang bukan2. lompat sana lompat sini. tapi kita kena ingat.

bukan lu seorang ada masalah dalam dunia ni.

bukan gua nak berlagak. tapi dalam menghadapi setiap masalah. gua rasa gua berjaya laksanakan dengan jaya.
yang pertama, gua tak akan sedih sebab benda2 lain kecuali tentang hal famili gua, kawan2 gua serta masa depan gua. yang lain gua campak belakang. secondly but not least, hal remeh temeh gua letak celah2 peha. orang tak suka gua ke. orang nak cari gaduh. orang dah tak nak kawan ke. gua tak reti nak besar2kan. yang ketiga, kita selalu kena ingat. macam gua cakap tadi. jangan perasan macam kita sorang je ada masalah. macam kita sorang je hidup alam dunia ni. cepat2 pandai cari tempat2 korang bergantung. 

kebanyakkan manusia ambil jalan mudah dengan lari. dia lupa gua ada kat sebelah dia. dia lupa kawan2 dia kat tepi dia. dia lupa dia ada num tepon mak bapak dia. dia kata baik gua lari sorang2 jauh dari korang. gua tak kisah. itu cara dia. tapi lagi jauh lu lari, lagi jauh lu tinggalkan orang2 sekeliling lu. lagi ramai orang baru yang lu jumpa, yang belum tentu dapat rawat luka lu, ataupun sentap dara lu. ini yang selalu terjadi.

apa2 pun, bagi gua. masalah dunia boleh setel. macam2 jenis masalah. gua tahu. gua pun ada jugak masalah gua sendiri. tapi itulah, macam gua cakap. selagi gua rasa benda2 ni tak bawak pergi kubur. sedikit pun gua tak kekok nak canang masalah gua kat kawan2 gua. jadi kalau lu orang rasa nak jadi cool macam gua. alahai, masalah2 ni letak tepi jelah. lepak McD tolong kawan gua buat asignment sambil layan kopi pun cam caro jeh.

8 comments:

sery said...

;) u always have the best words..
comel~

hilman.teddy said...

ahaha. ada2 je awk ni. =P

.nana. said...

hillman :))

hilman.teddy said...

yeah nana. =D

qasih nadira said...

jgn biar kan masalah menyelubungi idop kita~

hilman.teddy said...

betul betul betul. =x

atiey said...

setuju.

Anish said...

hehehe betul betul betul...