kawan ke kenalan?

mari kita lihat apa beza kawan dan kenalan. bagi gua lu orang dah kenal 10 tahun ke, baru kenal seminggu ke, tapi dua perkataan ini yang akan membezakan ikatan dalam jiwa kau orang masing2. kawan atau kenalan?

kalau kawan,
nasi goreng ayam sepinggan pun makan 5 orang.
kalau kenalan,
sesudu pun belum tentu kau orang dapata rasa.

kalau kawan,
minyak kereta dah cecah lantai pun boleh hantarkan pergi rumah lagi.
kalau kenalan,
minyak dah isi full pun mintak tong-tong lagi.

kalau kawan,
rokok tinggal sebatang pun tak dahal bagi orang lain.
kalau kenalan,
rokok simpan dulu dalam poket.

kalau kawan,
tempat meluah segala perasaan.
kalau kenalan,
cerita kau orang jadi bahan bualan kat orang lain.

kalau kawan,
bukan setakat hafal nama bapak, siap panggil2 lagi.
kalau kenalan,
nama diorang pun kau orang ingat2 lupa.

kalau kawan,
motor rosak pun boleh hantarkan dari damansara ke klang.
kalau kenalan,
belum tentu kau orang sentuh kunci motor dia.

kalau kawan,
teh tarik segelas pun boleh hutang dulu.
kalau kenalan,
ais kosong pun korang bayar sendiri.

kalau kawan,
memang takdehal teman buat assignment sampai pagi kat McD.
kalau kenalan,
nak ajak lepak McD pun tak angkat call.

kalau kawan,
angkat panggilan telefon bukan masalah.
kalau kenalan,
mesej pun tak tentu baca.

kalau kawan,
gelak tawa sadis duka sama2.
kalau kenalan,
ambik pisau hiris belakang.

kalau kawan,
tidor sekatil pun tadehal.
kalau kenalan,
awek dia datang shoot korang pakai senapang.

kalau kawan,
teman membe balik kampung awek pun tadehal.
kalau kenalan,
sendiri mahu faham lah.

apa2 pun,
kalau kawan memang lah kawan.
kalau kenalan memang lah kenalan.

yang penting dalam hubungan ni, kalau kita tak cari pasal dengan orang lain, orang lain pun tak cari pasal dengan kita. kalau orang buat baik kita buat baik. orang buat jahat pun kita buat baik. tapi kalau orang buat cilaka, tak payah buang masa. potong kepala je. apa2 pun, kalau berkawan biar kita cuba senangkan diorang bukan lagi susahkan diorang.

7 comments:

sery said...

u nak jadi kawan i tak?

shakinah said...

sangat sokong! :D

beLLa said...

kenalan ade kat mane2..
kawan 2 yang susa dicari..

hilman.teddy said...

sery- haha. gua on je. tadehal. tapi kenalah lanje milo ais dulu. kah2.

shak- =D

bella-haha. tahu tak apa. =D

Anish said...

kawan tika senang, manyak sinang cali, kawan tika susah belum tentu ada satu dlm 10 pun...be carefull jerlah kan kan kan

hilman.teddy said...

huhu. yeah. u got d point. =D

.nana. said...
This comment has been removed by the author.