itu hazwan ini hilman.

ini kali cerita pasal adik bongsu gua. cerita yang mungkin masa gua kecik dulu pun rasa. tapi gua tak ingat pun untuk hari ini. budak kecik ni memang comel. tapi makin lama makin mintak penumbuk penendang dan sebagainya. gua kurang pasti adakah masa gua kecil dulu gua pun ada ala2 mintak penumbuk kat orang sekeliling gua.

bukan nak salahkan sesiapa. tapi pembangunan insani dalam diri adik gua agak terpesong dari landasan yang sepatutnya. pengaruh yang dia dapat dari rancangan 611 astro ceria, pengaruh dari rakan2 tadikanya, pengaruh orang ramai di supermarket mahupun pengaruh dari abang sulung nya sendiri telah membentuk dia menjadi makhluk asing.

betul cakap orang, kanak2 ibarat kain putih. pencorak nya harus tahu warna2 yang harus dilakarkan. supaya manis dipandang orang2. supaya senang dibuai orang. supaya tenang mata melihat. tapi seperti yang gua beritahu, pengaruh2 ini membawa warna yang berbagai terhadap dirinya yang masih kecil. baru 5 tahun mengenali dunia.

jadi, gua tak nak tuding jari kat sape2. kat astro ke. anak jiran gua ke. mahupun cikgu kelas dia. tapi gua cuma kesian kat mak gua meratapi perangai nya dari hari ke hari. perasaan seorang ibu bukan seperti perasaan seorang awek. tidak mudah untuk diselami. tidak mudah untuk merasai kesejukkan mahupun kehangatannya.

sebab kalau gua dah kene tempek ngan adik gua camni. memang penampar boleh sampai bila2 je. ada ke patut mak gua suruh dia mandi dia cakap.

lek lu makkk - dengan nada penuh adnan sempit.

mak gua marah dia makan tak habis.dia bilang.

chill mak. chill mak - dengan nada penuh menyakitkan hati.

pastu, mak gua marah dia buat hal. dia dengan relaks balas.

kisah? ada kisah? - nada mintak disumpit.

paling gua sakit hati. gua sound dia.

"wan, wan tak leh cakap macam tu. wan kena cakap elok2 dengan mak. kesian mak" nasihat gua ikhlas.

lu orang tahu dia lantun apa?

"lu apahal? nak cari gaduh dengan gua ke?" dengan selamber je.

gua dah nganga sorang2. apa hal la budak kecik ni. sejak bila dia pandai guna tunjukan gua-lu ni. nak kata dia baca belog gua tak jugak. nak kata dia curik dengar gua gayut dengan mak2 ikan gua pun tak.

gua rasa gua nak shoot dia gi bulan. tapi gua teringat balik mak gua cakap tadi.

"eleh mat, dulu kecik kau pun sama je!"- pergh. terasa bhai! haha

6 comments:

shakinah said...

hahahaaa.
:D
*taktau nak komen apa.

hilman.teddy said...

haha. boleh pulak camtu ek?

.nana. said...

ryndu hillman tulis pjg2 cmni ;) bleh gelak2. haha.

nadd . said...

hahaaaa gler adek lu

cikpingu said...

sme la kite..hahaha.. tp skali kne cili mulut ni.. trus ckp 2 ok..haha.. klu x.. bedal je...

Alien Hijau said...

hahaha..comel crite nye!