belia

gerak belia semakin berkembang. sejurus sokongan kerajaan yang kuat sangatlah membantu mereka dalam mencapai impian masing. ramai belia sudah sedar betapa pentingnya untuk setiap bakti mereka pada bangsa, agama, dan negara. ramai sudah yang membuat bising, cuba dan terus berusaha supaya suara mereka akan terus didengari. supaya perjuangan mereka sampai ke rakyat dan ada generasi yang akan terus menyambung perjuangan mereka.

setiap belia punya minat sendiri. mereka punya impian sendiri. punya perjuangan. cuma apa yang penting sekarang bagi gua ialah supaya setiap belia faham dan tahu apa yang mereka perjuangkan. jangan terlalu mengejar nama, itu adalah penyebab utama kejatuhan gagasan seorang belia. ramai yang menyanyi tanpa sedar bunyi mereka sumbang. ramai yang menari tanpa sedar kaki mereka tempang. ramai yang melukis tanpa sedar warna mereka pudar. bukan salah jadi tak sempurna, belajar lah dahulu. buat kajian.bersungguh2. jangan hanya tahi2 ayam. tapi, kenyataannya itu lah yang berlaku kini.

bukan setakat kekuatan diri sendiri diperlukan. sayap2 yang kuat juga penting. bukan yang rapuh. biar kawan dengan harimau, kita jinakkan. bukan kawan dengan anai2, makan tiang rumah sendiri. maksud gua cari rakan kerja yang sesuai. oleh kerana setiap individu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2, maka perwatakan dan cara bekerja haruslah dikenali supaya setiap impian dapat dicapai dengan sempurna.
apa guna bekerja dengan mereka yang hanya tahu memberi air liur. apa guna hanya tahu sembang perihal onani. apa guna kalau kita berlari, mereka hanya duduk sipu.

tidak salah untuk bermula dari bawah. memang itu dunia. jangan terlalu gegas. bukan gua nak menghalang lu orang mencapai impian lu orang  masing2. ya memang tak salah untuk lu orang naik tangga dengan melangkah sekali 2-3 anak tangga. memang cepat sampai ke destinasi, tapi kalau jatuh tersungkur lebam jangan salah kan sesiapa. kerana bagi gua, melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga lebih bergaya dan comel biarpun gua sedikit lambat untuk sampai ke atas. tapi apa yang pasti, kelak gua sampai.

ada satu perkataan juga yang sangat penting dalam membantu kita menjadi belia yang berjaya. matang. gua tahu tahap kematangan tidak dapat ditonjolkan dengan usia. masing2 punya tahap yang berbeza. tapi kalau gua dah bagitau kau orang rahsia untuk menjadi belia yang bergaya ialah matang. jadi apa tunggu lagi? kalau lu orang cakap gua penipu, cakap gua sembang kosong. tak percaya gua cakap matang adalah kata kunci bagi kejayaan seorang belia, lu orang cuba dulu. kalau lu orang dah dapat beraksi matang, cari titik permulaan berubah menjadi matang. dan hari esok, lu masih tak berjaya. bagi tahu gua. gua belanja roti canai sepam.

pegang kata2 gua ini, cari kematangan lu orang secepat mungkin. sentiasa jadi orang yang berbeza dari orang2 sebelah kau orang. maka selepas itu kau orang layak untuk menulis atau berkata perihal belia. buat apa jadi perdana menteri ke empat pun kalau setiap tindakan dan keputusan yang diambil langsung tidak matang berbanding kalau dengan kalau gua bagi peluang pada seorang belia yang matang untuk mencari penyelesaianya. dan gua tahu, rakyat pilih yang mana.

No comments: