grow up, young man.

gua tertarik dengan sebuah ungkapan yang mengatakan "its not about how long you live, its about how you live" atau dalam bahasa melayu nya "bukan pada usia kita hidup, tapi pada caranya kita hidup". ada lagi satu ungkapan yang sesuai berada disisi ungkapan ini, iaitu orang luar biasa sering melakukan perkara yang luar biasa ataupun dalam inggerisnya "amazing people go for amazing things".

apa yang boleh gua kait di sini ialah cara kita untuk melalui hari-hari dalam hidup kita hingga berjumpa dengan penghujungnya iaitu kematian. termasuk segala kewajiban agama yang disuruh, lu orang faham2 sendiri tugas sebagai khalifah di muka bumi. tak perlu gua ulas lanjut. tapi, di sebuah sudut berlainan masing2 perlu tahu cara bagaimana untuk sentuh bumi ini. supaya setiap titik pertemuannya menjadikan kenangan yang terindah dalam hidup kita.

jangan sesekali teragak2 untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita sendiri, sesuatu yang luar biasa. perkara pertama yang perlu anda semua tahu ialah, bagaimana untuk kita menjadi diri sendiri tapi dalam masa yang sama, membuatkan kita nampak berbeza dari mereka yang lain. dunia mempunyai isu yang berbeza, jadi ia terletak pada diri anda sendiri untuk memilih jalan cerita hidup anda. ada yang memilih untuk berjuang untuk harimau yang kian pupus. ada yang memilih menjadi pengulas hebat arena bola sepak. ada yang memilih untuk hebat melepaskan pukulan dalam sukan tinju. ada yang memilih menjadi aktivis agama sejati. ada yang mahu bermain dengan enjin dan spanar. ada yang pilih ingin menjadi kekasih yang hebat.

dan macam gua, gua pilih untuk menjadi orang biasa. kemudian, apa bila sudah kenal pasti kebolehan diri masing2 tibalah masanya untuk tunjukkan pada orang lain. tapi biar kena pada caranya. jangan sehingga mereka memandang anda sebagai seorang takbur dan sombong. anda mesti tahu bagaimana untuk berkongsi kehebatan anda pada sekian dunia.

setelah itu, kenal pasti cara anda bekerja. tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. adalah juga penting untuk kita tahu bagaimana rasa bekerja dibawah sebuah pucuk pimpinan yang ada organisasi sendiri. biar bukan kita diatas, tapi selalu tunjukkan perwatakan menarik anda untuk meletakkan anda berada dalam satu golongan yang digeruni.

dan yang paling penting, bekerja untuk mengikut telunjuk jari seseorang bukanlah satu cara yang betul. orang luar biasa, mempunya cara bekerja sendiri. pemikiran mereka yang bukan diletakkan hanya pada tahap tertentu. mereka dipupuk untuk sentiasa berfikir lebih dari jangkauan. sentiasa bersedia dengan hujah2 hidup. tahu bagaimana menangkis tohmahan. tahu cara untuk memberi persembahan idea yang mantap. penuh kan diri dengan semua ini, maka anda berada dalam golongan luar biasa yang hidup dengan luar biasa.

kerana masing2 tidak tahu bila akan berjumpa si malaikat maut, maka bagi gua ini semua penting untuk membantu mendapat kepuasan ketika berada di atas dunia ini. jangan takut, jangan gentar pada ujian. sentiasa lakukan perkara2 gila yang orang berfikiran sempit tidak lakukan. tapi biarlah semua yang anda lakukan itu membawa perubahan baik pada dunia. jika ia bukan sebesar bintang matahari pun, perubahan kecil sudah memadai. dan paling penting, mulakan langkah dan akhirkan dengan penuh keberkatan dari-Nya.

No comments: