cerita ahli kubur

dulu, masa gua kecik2 kalau gua nak pergi rumah datuk gua mesti lalu satu perkuburan islam dimana tempat arwah nenek gua bersemadi jugak. kalau lalu situ, bapak gua mesti berjenaka cakap nenek nak jumpa gua. kemudian, disuruhnya gua bagi salam pada sekian ahli kubur. pada mulanya agak janggal tapi gua hanya menuruti arahannya itu.

kemudian gua membesar dan terus mengenal perlahan2 agama islam. dikatanya kalau beri salam maka ketika ahli2 kubur menjawab salam secara serta merta segala bentuk penyeksaan diberhentikan keatas mereka. maaf, gua tak ada hadis untuk menyokong kebenaran ini. tapi gua percaya ada betulnya. namun dari hari ke hari, salam ke salam gua beri. gua rasa itu bukan matlamat sebenarnya.

prinsip gua buat yang mati tak perlu dikenang. maksud gua, hari esok masih ada. buat apa ditangisi mereka yang sudah pergi. yang pasti tak akan kembali. menangis lah darah merah pekat 7 lautan pun. menjeritlah desibel tinggi mencecah 7 langit putih pun. apa yang pasti,  nenek gua tetap bersama tanahnya. tanah dimana ia diciptakan jua. tak akan kembali untuk berjumpa gua.

jadi untuk itu, bukan sahaja mereka yang dalam kubur itu patut kita fikirkan. apa pemberi salam juga tidak menerima apa2 pengajaran? pernah suatu ketika dahulu saidina ali berjalan melepasi sebuah kawasan perkuburan. kemudian beliau lantas berkata sebegini.

"ya ahli kubur, selamat sejahtera engkau orang disana, pergilah dahulu kami akan menyusul kemudian" katanya.

ya, kata2 itu membuka pemikiran gua terhadap budaya memberi salam pada ahli kubur. bukan setakat cuba meringankan beban yang mereka sedang tanggung tapi juga salah satu cara mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti kelak kita juga akan berada di dalam dan mengharapkan salam2 saudara kita yang melalui tempat tinggal kedua kita itu. hanya pendapat hina dari gua yang kurang pengalaman dalam dunia agama ini. apa yang baik datang dari-nya dan buruk itu datang dari siapa pun kau orang tahu.

1 comment:

kid said...

emm tenkiu :)
ingat mengingat hal kematian :))