Bengkel Seni Lakon - Drama dan Filem.

Seni lakon antara platform untuk para karyawan menyampaikan mesej-mesej mereka. Oleh itu, di dalam bengkel ini para peserta akan didedahkan kepada asas seni lakon. Para peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan dari segi dan amali mereka tentang bidang seni lakon.

Antara program di dalam bengkel ialah :

·         Pengenalan, teori dan sejarah lakonan dunia

·         Pendekatan lakonan teater dan filem/tv

·         Latihan, improvisasi dan pemilihan naskah

·         Megupas naskah, improvisasi berkumpulan dan persediaan pementasan.

·         Pendekatan naskah, member nafas pada watak dan pementasan

·         Persedian terperinci pementasan dan penilaian

  
Di dalam bengkel ini juga, para peserta berpeluang berlatih dan berkongsi pentas dengan pelakon filem mahupun drama. Para peserta juga diberi peluang untuk membawa pulang sesi penggambaran sebabak mereka di hadapan kamera.

Selain itu, para peserta yang juga akan terus dibawah naugan selepas habis sesi pembelajaran.

Mereka yang dikenal pasti berbakat, berpeluang besar untuk berpijak dalam dunia industri.

Selain berkongsi pendapat serta pengalaman antara peserta-peserta sendiri, bengkel ini dapat membantu anda kerana sijil yang diberikan serba sedikit membantu anda untuk sebarang urusan di dalam industri filem.
             
          Berbekalkan tenaga pengajar yang berpengalaman, para peserta dapat membina sahsiah diri               sebagai seorang pelakon yang berwibawa di dalam industri ini.Pelbagai pengalaman menarik untuk  dikongsikan bersama! Jangan lepaskan peluang ini!


p/s-camera ready, action!

3 comments:

Bastart said...

haram mahainya

hilman.teddy said...

bukan ap wei. ni kira murah. kalau kat luar satu hari rm500. sini 5 hari rm500 weyh

syazana said...

ted!
nakkk!
tapi
tapi..
emm..

nana tak bagi..