kerbau dan helang - lu orang pilih.

apa manusia berseluar slack, berambut pendek kemas, berkemeja cantik, bertali leher bagai sungguh mulia berbanding gua yang berbaju tanpa kolar, seluar jeans lusuh, ambut panjang bergetah, berselipar bunga. apa gua kelihatan bodoh berdiri disampingnya?

apa idea gua diterima masyarakat? ataupun kau orang memilih ideanya kerana personalitinya yang lebih meyakinkan daripada gua yang selekeh ini.

apa kau orang akan menurut segala titah perintah nya kerana lihatnya seperti seorang pemimpin yang sungguh berkaliber atau kau orang memilih untuk berdiri di sebelah gua, sama tinggi sama rendah.

apa kau jadi kerbau diikat tali di hidung, atau kau orang ingin jadi si helang yang tenang membaham mangsa buruannya dari hari ke hari.

No comments: